Pages

Wednesday, August 24, 2011

'Mak Lampir' Tak Gentar Saman KDN!

[DARI MEJA IBM] :
Assalamua'laikum w.b.t salam Ramadan salam Ukhwah dan salam sejahtera kepada semua

Berlagak betul si 'mak lampir' ni. Katanya, nak saman, saman le, tak gentar pun. Lagi pun, katanya KDN tiada hak mendakwa sesiapa juga yang mengkritiknya. Woww!..kebal betul 'mak lampir' ni, berguru dengan Mona Fandi kot..Hehehe. ~ IBM

"Saya tak gentar katanya".....

PETALING JAYA: Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin sedia berhadapan dengan tindakan undang-undang oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) ekoran dakwaannya berhubung Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P).

Sambil mempertahankan dakwaannya sebelum ini, Ahli Parlimen Ampang itu berkata PKR tidak pernah membuat sebarang dakwaan tanpa bukti dan asas yang kukuh.

"Saya tidak takut sekiranya mereka mahu menyaman ataupun mengambil apa-apa tindakan undang-undang terhadap... kami sentiasa bersedia.

"PKR sentiasa bertanggungjawab terhadap tindakan kami. Insya-Allah kami sedang mengumpulkan maklumat lanjut dan menunggu masa yang sesuai untuk dedahkan bukti-bukti tersebut," katanya di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam bahawa kementerian itu sedang menimbang bentuk tindakan terhadao Zuraida kerana sehingga kini masih tiada laporan polis dibuat bagi mengemukakan bukti berkaitan dakwaan wujudnya "skrip bersumpah" yang perlu dibaca pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika berdaftar pada Program 6P.

Beliau berkata tindakan yang dipertimbangkan itu adalah sama ada membuat laporan polis terhadap Zuraida, melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) atau mengemukakan saman terhadap beliau.

Bagaimanapun menurut Zuraida, institusi kerajaan tidak boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang mengkritik tindakan kerajaan.

"Tan Sri Mahmood sepatutnya tahu undang-undang. Dalam Perlembagaan jelas sekali menyebut bahawa mereka tidak boleh menyaman mana-mana individu.

"Jadi jelas juga bahawa mereka tidak boleh menyaman saya," katanya sambil menyatakan beliau turut mendapatkan nasihat peguam berhubung perkara berkenaan.

Selain itu menurut beliau, pihaknya akan memfailkan satu laporan polis terhadap KDN dalam masa terdekat berhubung isu Program 6P. Ekoran dari itu IMIGRESEN PUN BUAT LAPORAN :

Mengikut Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong (Gambar), laporan itu dibuat di Balai polis Seksyen 11, Shah Alam, semalam. Dan, menurutnya, satu saman 'Fitnah' sedang siap dibuat terhadap Zuraidah dan akan difailkan beberapa hari lagi. Habis le ko 'Mak lampir' oii.....tu lah, celupar sangat. Kebal konon, chittt!

2 comments:

  1. Makin KDN nak saman dia, makin kuat dia mengilai. Jangan si Mudin meremang bulu roma, sudah le.

    ReplyDelete
  2. enalrahim.......

    Salam bro. Itulah sebab si betina PKR ni di gelar 'Mak Lampir'....lebih kurang mcm hantu langsuir. Memang meremang bulu roma di buatnya..hehehe..

    ReplyDelete