Pages

Thursday, August 4, 2011

Mencari Rezeki Di Bazar Ramadhan

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJEHTERA KEPADA SEMUA

Kedatangan Ramadhan yang penuh keberkatan sangat dinanti-nantikan oleh umat Islam kerana limpahan pahala pada bulan ini. Walaupun berpuasa bukanlah halangan untuk menjalankan aktiviti yang kebiasaannya dilakukan pada hari-hari biasa.

Begitu juga dengan ARTIS tempatan. Ramai yang mengambil kesempatan untuk berehat panjang dan mengurangkan aktiviti lakonan mahupun nyanyian. Namun tidak kurang ada yang mengunakan jadual lapang mereka dengan berniaga di bazar Ramadhan mahupun menjalankan perniagaan dari rumah. Nak cari duit raya , kata mereka.

Nabil
"Sempena Ramadhan tahun ini, saya mengambil inisiatif menjual popiah dan tahu sumbat di bazar Damansara." - Nabil

Pemenang tempat ketiga program Maharaja Lawak (ML) ini tidak ketinggalan mengambil kesempatan menjalankan perniagaan di bulan puasa. Sempena bulan Ramadhan tahun ini, Nabil berkata dia mengambil inisiatif untuk berniaga POPIAH dan TAHU SUMBAT di bazar Damansara.

Selain membantu kawan-kawan, berniaga di bulan puasa juga boleh menambah pendapatan kerana kurangnya Show dan aktiviti seni, katanya.

Nadia AF6
"Sesiapa yang mengunjungi bazar Ramadhan Setiawangsa, bolehlah datang ke gerai untuk memcuba popia saya." - Nadia

Bintang kelahiran Akedami Fantasia 6 (AF6), Nadia pula masih meneruskan perniagsaannya di Setiawngsa seperti yang dilakukannya tahun-tahun dulu. Beliau mengekalkan juadah yang mendapat sambutan iaitu POPIA BASAH di lokasi yang sama.

Fizz Fairuz
"Berbanding makanan, saya memilih menjual hamper memandangkan ia senang untuk diuruskan." - Fizz Fairuz

Aktor filem Nur Kasih, Fizz Fairuzz adalah antara yang menyertai barisan artis menyewa tapak yang disediakan oleh Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan). Katanya, tahun ini beliau mengambil satu tapak di Bazar Raya Merdeka Karyawan di River City, Jalan Ipoh untuk berniaga.
Shamsul Ghau Ghau
"Memandangkan banyak perkara yang perlu diuruskan, saya terpaksa berehat untuk tahun ini." - Shamsul Ghau Ghau


Jika tahun sebelumnya, pelakon komedi, Shamsul Gahu Ghau sibuk di pasar Ramadhan, tahun ini dia memilih keputusan untuk berihat seketika. Walaupun beliau tidak berniaga di bazar Ramadhan, masih menumpukan perhatian kepada tempahan baju kurung kanak-kanak, kuih raya dan juga minuman kesihatan sarang burung walit.

Syabas dan tahniah kepada artis-artis ini.! Teruskan, kerana kejayaan itu datangnya dari usaha kita sendiri. Semoga dunia artis akan terus berkembang. Ikhlas Dari : IBM


4 comments:

  1. Aktor filem Nur Kasih, Fizz Fairuzz adalah antara yang menyertai barisan artis menyewa tapak yang disediakan oleh Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan). Katanya, tahun ini beliau mengambil satu tapak di Bazar Raya Merdeka Karyawan di River City, Jalan Ipoh untuk berniaga. <<< mengecewakan sajalah. none of them shown up till date. even the launching ceremony also attended by the veterans, mostly. vendor2 awam mcm we all sangat affected dengan ketidak-munculan mereka ni... kecewa you!

    ReplyDelete
  2. Salam eyra.tajuddin,

    Betul ke ni?..amat memeranjatkan, knp boleh jadi mcm tu?..nampaknya indah khabar dari rupa....bukan saja u rasa kecewa, saya pun dan ramai lagi peminat2 mereka diluar sana yg kecewa akan sikap mereka ni....

    ReplyDelete
  3. ws. ye, kalau u ada terbaca npaper sinar harian last Sunday, 2 full pages on this :D ada la artis, fazli zainal, sarimah & her products, kak ifa raziah shown up... tapi.. ternyata indah khabar dr rupa. our sales, nak cover daily expenses pun amatlah susah... :( huwaaa

    ReplyDelete
  4. Salam.
    eyra.tajuddin.....

    Amat-amat mendukacitakan. indah khabar dari rupa. Tak sangka ye, knp boleh jadi mcm tu?..mesti ada sesuatu yg x kena ni..kena cari punca moga tidak berulang di masa2 akan dtg. Jgn nanti org meluat/menyampah pd artis kerana cakap x serupa bikin.....:)

    ReplyDelete