Pages

Monday, August 8, 2011

Pemburuan Chong Wei bermula....

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMU'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Kita sembang-sembang sukan pula (Badminton).....

Lee Chong Wei akan memulakan kempen memburu kejuaraan dunia pertama di London menentang pemain Thailand, Tanongsak Saensomboonsuk, hari ini.

[LONDON – Nama-nama besar sukan badminton berhimpun di Wembley Arena hari ini buat pertama kali sejak 1993 dengan Kejohanan Dunia sepanjang minggu ini disifatkan sebagai raptai bertaraf lima bintang bagi Olimpik tahun depan.

Antara 350 pemain dari 51 buah negara yang bertandang ke London ialah jagoan dunia termasuk juara tiga kali, Lin Dan dan pemain No.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei.

Kali terakhir Wembley Arena menjadi gelanggang Kejohanan All-England ialah 18 tahun lalu sebelum ia berpindah venue ke Birmingham.

Badminton kembali ke Wembley Arena yang dinaik taraf kepada kompleks sukan yang mampu menampung 12,500 penonton, terletak bersebelahan dengan mercu tanda bola sepak terkemuka, Stadium Wembley.

“Tahun ini merupakan tahun gemilang untuk sukan Britain, kami berasa amat bangga dapat memainkan peranan kami.

“Memandangkan terdapat permintaan tinggi terhadap tiket bagi acara badminton pada Sukan Olimpik 2012, kami juga tumpang gembira kerana peminat dari seluruh dunia dapat menyaksikan barisan pemain terbaik dunia setahun sebelum Olimpik tahun depan,” ,” kata Ketua Eksekutif Badminton England, Adrian Christy.

Bekas juara Dunia dan Olimpik, Taufik Hidayat akan menjadi nama besar pertama yang beraksi pagi ini bagi bertemu pemain pada ranking ke- 61 dunia, Rodrigo Pacheco Carrillo.

Chong Wei, yang berada pada kemuncak prestasinya namun masih belum memiliki kejuaraan Dunia mahupun Olimpik, akan berdepan pemain Thailand yang menduduki ranking ke-31 dunia, Tanongsak Saensomboonsuk.

Lin Dan, juara Olimpik pula membuka kempen esok menentang wakil tunggal Lithuania, Kestutis Navickas, sementara rakan senegara yang juga juara Dunia, Chen Jin, akan diuji pemain No. 59 dunia dari Estonia, Raul Must.

China menyapu bersih kesemua lima kategori kejohanan di Paris tahun lalu dan kemampuan mereka untuk mengulangi pencapaian itu kali ini tidak mustahil.

Diketuai Wang Shixian dalam acara perseorangan wanita, negara Tembok Besar itu tampak terlalu unggul dalam acara wanita dan kekuatan mereka dalam acara beregu lelaki dan campuran juga tidak harus dipandang remeh. – REUTERS]

Kita sama-sama doakan agar Datuk Lee Chong Wei berjaya menjuarai kejohanan Dunia yang belum pernah dia kecapi selama dia menjadi permain No 1 dunia. Ikhlas dari : IBM


No comments:

Post a Comment