KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyifatkan tuduhanpembangkang bahawa pemeriksaan Jabatan Agama Islam (JAIS) terhadapGereja Methodis Damansara Utama (DUMC) baru-baru ini didalangi olehUmno sebagai sesuatu yang tidak masuk akal.
Presiden Umno berkata, adalah tidak berasas sekiranya Umno dikaitkan dengan insiden berkenaan kerana JAIS terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri Selangor yang ditadbir pembangkang.
"Ini semua tuduhan, macam mana kita nak arahkan orang yang bukan di bawah Umno. JAIS di bawah siapa?
"Takkan Umno boleh arahkan orang bukan Umno buat ini, ini tak masuk akal...susahlah kalau buat tuduhan tak masuk akal, tuduhan melulu..." katanya.
beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MajlisTertinggi (MT) Umno di sini, Jumaat.
Baru-baru ini Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan bahawa beliau mempunyai bukti kukuh yang menunjukkan bahawa Umno merupakan dalang di sebalik tindakan JAIS melakukan pemeriksaan terhadapDUMC pada 3 Ogos lalu.
Sementara itu Najib berkata, pendirian Umno berhubung isu berkenaan adalah jelas selaras dengan Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa Islam adalah agama rasmi sementara agama lain bebas diamalkan.
"Ini adalah soal negeri dan bukan kerajaan Pusat, ia perlu diselesaikan di peringkat negeri.
"Bagi Umno sendiri, ia selaras dengan Perlembagaan, Islam adalah agamaPersekutuan dan tidak ada sesiapa yang boleh menodai kesuciannya.
"Ini termasuk untuk cuba memesongkan akidah rakyat Malaysia yang beragama Islam," ujarnya lagi.
No comments:
Post a Comment