Pages

Friday, August 5, 2011

Setelah Indonesia, giliran Filipina pula di tipu hidup-hidup oleh Nuar

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Ibarat 'cacing kepanasan'. Anuar masih cuba mengelilingi dunia selama 80 hari (kalau sempat) bagi tujuan memburuk-burukkan nama negara dan cuba mendapat simpati dari negara luar terhadap kes liwat II nya dan juga kes video seks yang perlakunya ialah beliau sendiri.

Terbaru , dia ke Filipina dengan memburuk-burukan kerajaan Barisan Nasional, kononnya kerajaan BN telah mendaftar 200,000 warga Indonesia......sila baca kenyataan Nuar di bawah :


Anwar: 200,000 warga Indonesia didaftar mengundi

Sesi bergambar bersama warga media di Filifina.

MANILA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, seramai 200,000 warga Indonesia telah didaftarkan sebagai pengundi untuk memenangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua Pembangkang itu berkata demikian dalam satu wawancara eksklusif bersama sidang editorial The Phillipine Star, dalam rangka lawatannya selama tiga hari ke Filipina.

Selain Warga Indonesia, katanya, rakyat Filipina di Sabah juga dibenarkan untuk mendaftar dalam senarai pemilih, bagi membolehkan mereka mengundi parti pemerintah itu.

“Media Malaysia dan kerajaan mungkin telah melabel saya sebagai satu ancaman kepada negara dan menuduh saya menjadi satu gadaian untuk Zionis dan Amerika Syarikat, tetapi saya percaya orang ramai tidak boleh dipermainkan,” kata Anwar.

Anwar berkata, demokrasi di Malaysia semakin merosot berikutan sistem pilihan raya yang semakin kotor.

Ia termasuk kontroversi terbaru membabitkan isu Penduduk Tetap (PR) yang mendapat kewarganegaraan untuk mengundi dalam pilihan raya.

“Demokrasi kami semakin merosot. Pilihanraya tidak bebas dan media dikongkong,” kata Anwar.

Sementara itu, Anwar turut menjangkakan beliau akan dihukum dalam kes fitnah yang dihadapinya sebelum Pilihan Raya Umum ke 13, sebagai usaha untuk menafikan haknya bertanding.

“Mereka (Umno-BN) akan menghukum saya sebelum pilihanraya untuk menafikan hak saya untuk bertanding,” ujar Anwar.

Ketua Umum KEADILAN itu tiba di Manila semalam dan turut diundang untuk menyampaikan syarahan di Universiti Filipina di Diliman, Quezon City.

Beliau turut diiringi Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Khalid Jaafar.

Kenyataan Anwar memang betul-betul mencabar kewibaan kerajaan Barisan Nasional dan menjatuhkan imej negara. Teman nak tanya, bilakah Kerajaan akan bertindak, kenapa tidak di rampas saja Passport beliau dan kenapa KDN hanya membisu seribu bahasa?

Kalau ini berterusan, rakyat akan percaya apa yang dikatakan oleh Anwar dan rakyat akan hilang kepercayaan terhadap kerajaan yang ada. Mesti di ingat, PRU ke 13 akan di adakan tak lama lagi. kalau ini tidak diperbetulkan, masalah besar akan menimpa Barisan Nasional. Fikir-fikirkanlah wahai pemimpin-pemimpin negara. Jangan kerana seekor kera dan dajal ini yang terlalu gilakan jawatan, kita kehilangan sebuah negara. Teman syorkan agar waran tangkap di keluarkan ke atas pengkhianat bangsa dan negara si nuar al-juburi. Ikhlas dari : IBM

No comments:

Post a Comment