Pages

Tuesday, August 16, 2011

Sri Kandi PKR Melalut lagi, Tak Senonoh Betul!!

[DARI MEJA IBM] :
Assalamua'laikum w.b.t salam Ramadan salam Ukhwah dan salam sejahtera kepada semua.

Dah lama tak dengar Sri kandi PKR ni melalak, meraung. Ingatkan dia dan bertaubat dan di bulan puasa ni duduk kat rumah diam-diam, buat amal ibadat banyak-banyak buat bekalan di akhirat nanti. Tiba-tiba.... hari ini terpancur mulut jahat ni kembali dengan menuduh UMNO politikan isu serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap gereja di Damansara Utama. Katanya ini kerana bermotifkan politik. Amboi, amboi sedapnya mulut dia ni bercakap. Memang mulut dia ni tak insurance, busuk se busuk hatinya. Memang tak senonoh betul perempuan seko ni. Apa nak buat, acuan pemimpin-pemimpin PKR dan macam tu. -IBM

Cebisan dari sebuah akhbar >>

"Ada orang kita sekarang sudah ragu-ragu hendak bergaul dengan orang Kristian, Hindu dan Budha sedangkan sebelum ini tidak ada perasaan (ragu) seperti itu." - Zuraida Kamaruddin


SHAH ALAM - PKR menuduh Umno dan kumpulan pro parti itu, sengaja membesarkan isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS) ke atas premis milik gereja di Damansara Utama, dekat Petaling Jaya baru-baru ini kerana bermotif politik.

(Gambar Hiasan)

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin (Gambar) berkata, pihak berkenaan sengaja hebohkan perkara itu, kerana ia berlaku di Selangor, negeri ditadbir oleh PKR dan sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR). Katanya, mereka (Umno) terpaksa buat begitu kerna mahu tutup masalah mereka sendiri tinggalkan.

Zurida juga berkata, jika Umno atau Barisan Nasional (BN) bersungguh-sungguh hendak menangani isu murtad, mengapa selama ini mereka tidak gubal polisi yang boleh mencegah perkara itu daripada berlaku.

Katanya lagi, apa yang ditinggalkan oleh kemelut seperti itu hanya gejala negatif yang boleh menjejaskan perpaduan.


Gambar semasa Jais membuat pemeriksaan di gereja DUMC

Ahli Parlimen Ampang itu berkata, isu murtad sepatutnya tidak berlaku di Malaysia kerana negara Islam, dipimpin Perdana Menteri Islam dan agama rasminya Islam. Soalnya, kenapa isu murtad dengan gereja DUMC dikatakan menggugat Islam. Jika benar, tidak berperananlah undang-undang Islam negara ini.

Kenyataan yang bodoh, tak masuk akal, tidak relevan dari pemimpin PKR. Sungguh malang nasib rakyat negeri Selangor kerana mempunyai pemimpin-pemimpin PKR yang berbangsa melayu dan beragama Islam mengkhianati bangsa dan Agamanya sendiri. Sedih, sungguh sedih.......IBM


No comments:

Post a Comment