ASSALAMUALAIKUM PARA PEMBACA YANG BUDIMAN
7,000 bekas ahli PKR Selangor mohon sertai Barisan Nasional
SHAH ALAM 17 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima 7,000 keping borang keahlian untuk menyertai Barisan Nasional (BN) daripada bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari sekitar Selangor.
Mereka terdiri daripada ahli PKR di kawasan Seri Muda, Shah Alam, Bukit Kemuning, Puchong, Kinrara, Petaling Jaya dan Ijok.
Borang berkenaan diserahkan pada majlis mesra pemimpin-pemimpin BN sempena Program Sirih Pulang ke Gagang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.
Hadir sama Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar; Penaung program, Datuk Shafie Abdullah dan Pengerusi program, Datuk Sheikh Badar Sheikh Embong.
Kesemua mereka yang menyokong PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-12 membuat keputusan keluar daripada parti itu kerana tidak lagi percaya dengan pemimpin parti itu yang ternyata gagal menunaikan janji-janji yang dibuat semasa pilihan raya.
Najib yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor dalam ucapannya menyifatkan tindakan mereka yang terlibat membuktikan semakin ramai ahli parti pembangkang sudah hilang kepercayaan terhadap barisan kepemimpinan Kerajaan PKR Selangor.
"Saya amat terharu dengan sokongan mereka dan kita sememangnya berhasrat untuk mewujudkan kerajaan yang kuat lagi utuh kerana ia menjadi tunjang kepada masa depan negara.
"Mudah-mudahan program ini akan membuahkan hasil yang besar dan menunjukkan bahawa rakyat Selangor telah bersedia melakukan perubahan dan kali ini ialah mengembalikan Selangor kepada BN," katanya.
Najib berkata, keutuhan kerajaan memerintah amat penting kerana ia akan menjadi penentu terhadap kejayaan sesebuah negara.
"Perkara pertama yang pihak pelabur akan tanya ialah politik stabil atau tidak. Jadi kita mesti tunjukkan majoriti rakyat sokong BN dan saya percaya kalau ini berlaku, ia akan memberi kesan besar kepada ekonomi," jelas beliau.
Ekoran dari itu, penyokong-penyokong Fuckatan Rakyat yang bebal, bahlol meluahkan perasaan marah mereka terhadap Barisan nasional (BN) dan DS Najib. Ikuti luahan mereka yang saya copy dari Facebook akaun SinarHarian :
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima 7,000 borang keahlian untuk menyertai Barisan Nasional daripada bekas-bekas penyokong pakatan pembangkang di Selangor pada satu majlis di Shah Alam. - Bernama
No comments:
Post a Comment