Pages

Friday, September 2, 2011

Gempakk!! Menteri Besar Kedah Bakal Ditukar?..but why??

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAM MUALAIKUM W.B.T SALAM AIDILFITRI SALAM KEMERDEKAAN SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA


Ehh..ehhh..kenapa nak tukar pulak? tak bagus ke DS Azizan tu. Teruk betui le PAS ni.....


 PETALING JAYA: Kepimpinan PAS sedang berusaha untuk menggantikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang kesihatannya kurang baik ekoran serangan sakit jantung bulan lalu.
Difahamkan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dijangka menghadap Sultan Kedah berhubung dengan peralihan kuasa itu.
Sebelum itu, Hadi dijangka menemui para pemimpin negeri di Alor Setar mengenai perkara tersebut pada hujung minggu.
Walaupun timbul tekanan dari kepimpinan pusat PAS, Azizan menafikannya malah menegaskan beliau sihat untuk meneruskan tugas-tugasnya.
Kepimpinan parti bimbang akan keupayaan parti untuk mempertahankan kuasa pemerintahan negeri pada pilihan raya umum akan datang.
Justeru, ia mencadangkan Azizan bercuti panjang sementara seorang pemangku Menteri Besar dilantik bagi menggantikannya.
Beberapa nama disebut-sebut untuk menggantikan Azizan. Ini termasuk tiga wakil rakyat senior iaitu, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (Pengkalan Kundor), Datuk Amiruddin Hamzah (Anak Bukit) dan Datuk Mohamad Taulan Mat Rasul (Tokai). Kesemua adalah Exco kerajaan negeri.
Phahrolrazi, 58, dan Amiruddin, 49, ialah jurutera awam manakala Mohamad Taulan, 69, seorang peguam.
Phahrolrazi ialah Timbalan Pesuruhjaya Negeri manakala Amiruddin pula bendahari parti negeri. Perlembagaan Kedah 
tidak memperuntukkan seorang Timbalan Menteri Besar.Terkini!! Ekoran dari berita tersebut, ini jawapan dari Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak : "Nak ada pemangku buat apa? Ni dah keluar (hospital) dan semua sihat dah,”

~ Ramai ke yang terkejut bila baca berita sensasi ni? dan sudah semestinya ada yang bergembira tak sabar-sabar nak jadi Menteri Besar. Siapa le yang bertuah tu? Timbul persoalan dari orang ramai dan saya juga, kenapa tiba-tiba sahaja nak tukar? masalah kesihatan?..nampak sihat je. Apapun biaklah depa yang selesai hal depa. kita tunggu dan lihat, walaupun nampak pelik sikit. Bagi UMNO/BN Kedah, bila-bila masa dah bersedia untuk menghadapi PRU ke-13. Ikhlas dari saya yang benar : IBM ~

No comments:

Post a Comment