ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA
MENGIMBAU KEMBALI SEJARAH SILAM TANAH AIR
04 OKTOBER
UPACARA PECAH TANAH MENARA KUALA LUMPUR TARIKH PERISTIWA : 04.10.1991 |
Perkembangan teknologi moden hari ini telah menjadikan perhubungan manusia itu dekat dan erat. Perhubungan tersebut termasuklah perhubungan pengangkutan mahupun perhubungan telekomunikasi. Sebagai sebuah negara yang sedang membangun soal perhubungan dengan dunia luar terutama sistem telekomunikasi amat penting sekali. Menyedari hakikat ini pada hari ini 4 Oktober 1991 satu majlis pecah tanah tapak menara telekomunikasi yang cepat dan canggih telah diadakan. Menara yang bakal dibangunkan ini akan dikenali sebagai `Menara Kuala Lumpur'. Upacara pecah tanah tapak pembinaan Menara Kuala Lumpur telah disempurnakan sendiri oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia. Menara ini apabila siap kelak akan menjadi pendorong kepada syarikat-syarikat untuk membuka pejabat disini. Selain dari menjadi mercutanda Kuala Lumpur ianya juga merupakan satu kejayaan negara yang amat besar dalam menerokai bidang telekomunikasi canggih masa kini. Menara Kuala Lumpur menjadi satu lagi daya penarik kepada para pelancong yang melawat Kuala Lumpur. Menara Kuala Lumpur terletak di puncak Bukit Nanas dengan ketinggian 420 meter ini akan menjadi menara tertinggi di Asia Tenggara dan yang ke 3 tertinggi di dunia. Pembinaannya akan dipastikan tidak akan menjejaskan alam sekitar dan perhubungan penerbangan. Penebangan pokok di kawasan Bukit Nanas akan dipastikan tidak menjejaskan alam sekitar dan dipastikan tidak dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Menara Kuala Lumpur merupakan menara telekomunikasi dan penyebaran multimedia yang tertinggi di Asia Tenggara. Kewujudannya akan memberikan satu bentuk baru komunikasi dalam negara kita. Selain daripada menjadi bangunan yang dilengkap dengan peralatan tele-komunikasi. Menara Kuala Lumpur juga menempatkan pejabat-pejabat, kedai, restoran dan bahagian kemudahan seharian. Upacara pecah tanah Menara Kuala Lumpur pada hari ini 4 Oktober 1991 melambangkan kejayaan negara di masa hadapan. Pembinaannya akan mempercepatkan lagi perhubungan dan telekomunikasi di masa hadapan selain dari itu menara ini juga adalah menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.
|
SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA. IKHLAS DARI SAYA : IBM ~
[SUMBER : ARKIB NEGARA]
No comments:
Post a Comment