ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA
Memang
kenyataan yang bodoh dari Presiden KITA, Datuk Zaid Ibrahim. Katanya,
KITA boleh berkerjasama didalam beberapa perkara dengan Barisan
Nasional (BN), tapi tidak akan menyertai semula BN. Kenyataan apa
tu?. Siapa yang mempelawa beliau kembali menyertai BN?. memang muka
tak malu le si Zahid ni. Ada sesiapa ke dari BN yang mempelawa beliau
kembali kepangkuan BN?.
IBM
rasa
si Zahid ni betul-betul gila 'talak'.
Apatah lagi PRU ke-13 kian hampir. Beliau pun teringin nak bertanding
semula. Andai kata dia bertanding sebagai calon bebas berlambangkan
parti KITA, IBM berani bertaruh, beliau akan kehilangan wang
pertaruhan dan akan tewas dengan teruknya. Mari kita baca dan
nilaikan sendiri apa yang dikatakan oleh si Zahid yang hampir-hampir
gila talak :
KITA tidak akan sertai BN - Zaid Ibrahim
02/10/2011 1:15pm
KOTA BAHARU 2 Okt. - Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) boleh bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dalam hal tertentu, tetapi tidak akan menyertai parti tersebut.
Presidennya, Datuk Mohd Zaid Ibrahim berkata, KITA boleh bekerjasama dengan sebarang parti, asalkan untuk rakyat.
"Walaupun KITA tidak pernah ditawarkan menyertai BN tetapi yang penting kita boleh bekerjasama dengan BN atau mana-mana parti lain untuk rakyat kecuali pada pilihan raya dan perkara yang menyentuh dasar.
"Apa pun, KITA tidak akan menyertai sebagai parti komponen BN yang sudah besar jika ditawar sekalipun,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di kediamannya, di sini malam tadi.
Mohd Zaid berkata, KITA juga sudah bersedia menyertai pilihan raya umum walaupun belum menyiapkan senarai calon yang akan bertanding.
Beliau berharap calon KITA dapat diterima baik terutama di Kelantan, bagi memberi ruang membetulkan kesilapan Pas yang gagal membangunkan negeri itu sejak mentadbir pada 1990.
"KITA mahu melonjakkan kembali ekonomi Kelantan agar negeri ini kembali kukuh seperti dahulu dengan soal-soal rakyat seperti masalah air dan pekerjaan diberi keutamaan,” katanya.
Menyentuh soal hudud yang masih dicanangkan Pas Kelantan, Mohd Zaid meminta parti itu agar menumpukan perkara yang lebih mustahak daripada mahu melaksanakan hukum hudud yang diyakininya tidak akan dilaksanakan sama sekali.
Beliau berkata, Pas menimbulkan kembali soal hudud itu demi menarik semula sokongan rakyat pada pilihan raya umum akan datang dan bukannya mahu melaksanakan hukum berkenaan. - Bernama
Malas nak komen panjang-panjang. Bagi IBM, jangan di layan manusia yang bodoh lagi bahlol dan juga manusia yang tak tahu mengenang budi. Dari saya yang benar : IBM ~
No comments:
Post a Comment