ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA
IBM rasa tak terkejut satu hari nanti kita terjumpa bungkusan nasi lemak dibalut dengan menggunakkan kertas dari ayat-ayat al-Quran. Memang sedih sekali apabila kita mendengar cerita pembuangan al-Quran oleh sebuah syarikat percetakan di Kampung Pauh Sembilan, dekat Bacok Kelantan. Kenapa ini boleh berlaku di negeri yang begitu tegas didalam hal-hal agama Islam, agama Allah.? Apatah lagi negeri itu beria-ia dan bersungguh untuk melaksanakan hukuman HUDUD iaitu hukum Allah s.w.t.
Mengikut cerita dari Ketua Polis Kelantan, al-Quran itu dibuang kerana tersilap cetak. Tersilap cetak?..bagaimana boleh tersalah cetak sedangkan kakitangan yang di beri tanggungjawab atau tugas adalah orang yang begitu fasih dan mengenali al-Quran dengan baik sekali dan dibayar gaji yang begitu lumayan. Jadi, dimana silapnya?
Walaupun ribuan helai al-Quran tersebut dihantar semula ke syarikat berkenaan, tapi, bagi pandangan IBM, penghinaan terhadap al-Quran dan agama Islam memang sukar untuk diterima. Sampai bila penghinaan demi penghinaan terhadap Agama Islam kita akan berlarutan dan siapakah yang boleh memendungnya? Cuba-cuba kita fikir-fikirkan......
Bolehkah kerajaan Pas Kelantan membendung masalah ini? Kalau hal seperti ini tidak dapat diselesaikan, bagaiman pula hukuman HUDUD yang dilaung-laungkan oleh Nik Aziz?Sebenarnya bukan kita umat Islam bencikan hudud, tapi amatlah sukar di lakasanakan kerana ia akan bercanggah dan memberi kesan terhadap undang-undang jenayah kerajaan persekutuan. Ikhlas dari saya yang benar : IBM ~
betul tu abe wae,
ReplyDeletememang tak patut langsung di perlakukan begitu terhadap lembaran AlQuran yg tersilap cetak begitu. wajib pihak percetakan kitar semula kertas2 tu & gunakan kembali utk mencetak semula dgn betul, bukannya terus dibuang tanpa sedikitpun rasa bersalah!!
rasanya kalau hal ini berlaku dinegeri pentadbiran BN sudah tentu riuh rendah puak2 pas menghukum, mendakwa, memaki hamun & memasukkan puak2 lain ke dalam neraka! sadis...
Salam anti bohmau,
ReplyDeleteItulah tabiat buruk orang Pas yg mengelarkan diri mereka alim dan 'ulama'. Sepatutnya pemimpin-pemimpin Pas membuat protes terhadap syarikat tersebut. Tapi, mereka diam membisu seolah-olah merestui perbuatan jahat dari syarikat tersebut.
Mungkinkah syarikat tersebut dimiliki oleh salah seorang pemimpin Pas di Kelantan.? itu sebab depa diam. Kalau semasa pemerintahn Umno/BN...sudah tentu mereka melenting...btl tu wae, IBM setuju dgn pandangan wae tu. Terima kasih...:)