ASSALAMUALAIKU SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA
42 Ribu Jumlah Yang Kecil : SPR
HASIL siasatan terperinci yang telah dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), hanya lebih kurang 42,000 nama pemilih mempunyai rekod meragukan disifatkan sebagai jumlah yang kecil, berbanding keseluruhan pengundi 12.4 juta orang dan peratus ini, tidaklah mempengaruhi keputusan pilihan raya.
Ini tidak memudaratkan mana-mana pihak, samada Barisan Nasional (BN) ataupun pembangkang. Perkara ini di jelaskan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Aziz Mohd Yusuf. Jumlah 42,000 nama pemilih didapati meragukan seperti tidak dapat dikenal pasti status, mempunyai nombor dan Kad pengenalan berlainan, selain tidak dapat disahkan lokasi mana mereka tinggal.
Oleh yang demekian, SPR telah membuat keputusan, kesemua nama akan dipamerkan di Pejabat Pos, Pejabat Daerah dan lama web SPR untuk tujuan pengesahan daripada pemilih atau pewaris kepada nama dipamerkan.
SPR, menurutnya, sentiasa berusaha menjejaki dan mengenal pasti individu ini sejak Oktober lalu, sekirannya ada namanya disenaraikan, pemilih dinasihatkan datang membuat pengesahan tentang status diri mereka, namun sehingga kini respon diterima amatlah sedikit.
[----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------]
SETELAH SPR BUAT SEMUA KERJA REMEH TEMEH NI. DIHARAP PEMBANGKANG JANGANLAH CAKAP BANYAK LAGI. JANGAN SPR TIDAK BERSIH DAN TOMAHAN-TOMAHAN YANG LAIN TERHADAP SPR. SEBENARNYA KEDUA-DUA PIHAK, BAIK KERAJAAN ATAU PEMBANGKANG BOLEH MEMBANTU SPR DIDALAM HAL INI. TAPI...SIKAP PEMBANGKANG YANG DIDALANGI OLEH BEBERAPA INDIVIDU YANG BERKEPENTINGAN, PERKARA INI DI BESAR-BESARKAN. MEMANG ITU SIKAP KETIDAK PROFESIONAL PEMBANGKANG, CARI SILAP ORANG. TERUSKAN SPR, JANGAN TUNDUK DENGAN KERENAH PEMBANGKANG. IKHLAS DARI SAYA YANG BENAR : IBM
[----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------]
No comments:
Post a Comment