ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA
MENGIMBAU KEMBALI SEJARAH SILAM TANAH AIR KITA..........
5 NOVEMBER
PERJANJIAN PERDAGANGAN DI ANTARA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DAN REPUBLIK KOREA TARIKH PERISTIWA : 05.11.1962 |
Usaha-usaha ke arah mengukuh dan memajukan perdagangan di antara Persekutuan Tanah Melayu dan Republik Korea, satu perjanjian perdagangan di antara kedua-dua negara telah ditandatangani pada 5 November 1962.Perjanjian ini ditandatangani di Seoul, Korea, Persekutuan Tanah Melayu diwakili oleh Menteri Pertanian dan Syarikat Kerjasama, Y.B. Encik Mohamed Khir Johari, sementara Republik Korea diwakili oleh Encik Choi Duk Sin, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri.
Perjanjian ini mengandungi sepuluh perkara, antara isi-isi utama perjanjian tersebut ialah:
Perjanjian ini tidaklah menegah satu-satu pihak daripada mengambil atau menjalankan langkah-langkah mengenai perkara-perkara seperti berikut:-
Perjanjian perdagangan yang termetrai telah dapat memperluaskan lagi hasil dagangan di samping dapat mengeratkan lagi perhubungan perdagangan di antara kedua-dua buah negara.
|
SELAMAT MEMBACA KEPADA PARA PEMBACA BUDIMAN SEKELIAN. SELAMAT BERCUTI DI HUJUNG MINGGU DAN CERIA SELALU BERSAMA KELUARGA YANG TERSAYANG. IKHLAS DARI SAYA : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]
No comments:
Post a Comment