ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA
NUSA DUA, BALI, – Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berharap Malaysia dapat memainkan peranan produktif ke arah kemakmuran dan keamanan dunia.
Obama melihat Malaysia mampu memainkan peranan itu kerana kedudukannya sebagai sebuah negara yang berpengaruh di rantau ini dan juga di kalangan negara Islam.
Kenyataan Obama itu dibuat dalam mesyuarat dua hala Malaysia-Amerika Syarikat di sini hari ini sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-19 dan Sidang Kemuncak berkaitan.
Mesyuarat kira-kira 40 minit itu dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Tan Sri Mohd. Radzi Abdul Rahman dan Duta Besar Malaysia ke AS, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis.
Perdana Menteri dalam sidang akhbarnya kepada wartawan Malaysia di sini berkata, Obama turut mengalu-ngalukan peranan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang progresif dan menangani beberapa isu tertentu.
‘‘Beliau melihat Malaysia berpengaruh di rantau ini dan negara-negara Islam dan berharap dapat memainkan peranan produktif membantu ke arah penyelesaian konflik, kestabilan dan kemakmuran dunia,’’ katanya.
Obama turut menghargai peranan Malaysia yang telah menghantar pasukan perubatan ke Afghanistan.
Dalam hal ini, Perdana Menteri memaklumkan kepada Obama kesediaan Malaysia membantu Afghanistan termasuk melatih jurulatih anggota polis negara itu.
Dalam mesyuarat itu juga, Najib menegaskan kepentingan penyelesaian secara muktamad isu Palestin yang kini masih kabur.
‘‘Saya tegaskan kepada Obama ini adalah amat penting lebih-lebih lagi beliau telah menyatakan (penyelesaian isu Palestin) dalam ucapan di Kaherah pada peringkat awal mengambil alih kepimpinan AS,’’ katanya.
Menurut Najib, banyak pihak khususnya negara Islam menunggu sesuatu pembaharuan.
Pada mesyuarat itu juga, Perdana Menteri menegaskan pendirian tidak akan membenarkan Malaysia menjadi pusat transit barangan larangan yang boleh digunakan untuk pembuatan senjata nuklear.
‘‘Obama meminta kemungkinan Malaysia menyertai Proliferation Security Initiative (PSI) (Perjanjian Kawalan Senjata Nuklear) dan Malaysia menegaskan sedang mengkaji implikasinya.
‘‘Tetapi kita memaklumkan kepada Obama meskipun tidak menyertai PSI, kita tidak akan membenarkan Malaysia digunakan sebagai pusat transit dalam perdagangan bahan membuat senjata nuklear,’’ katanya.
Najib Tun Razak (belakang, dua dari kanan) bergambar bersama para pemimpin pada Majlis Makan Malam sempena Sidang Kemuncak ASEAN di Nusa Dua, Bali, Indonesia, malam tadi. Turut sama Barack Obama dan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono.
‘‘Obama meminta kemungkinan Malaysia menyertai Proliferation Security Initiative (PSI) (Perjanjian Kawalan Senjata Nuklear) dan Malaysia menegaskan sedang mengkaji implikasinya.
‘‘Tetapi kita memaklumkan kepada Obama meskipun tidak menyertai PSI, kita tidak akan membenarkan Malaysia digunakan sebagai pusat transit dalam perdagangan bahan membuat senjata nuklear,’’ katanya.
Malaysia menurut Najib mempunyai kuasa mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana pihak termasuk kenderaan - kapal atau kapal terbang yang melakukan aktiviti membawa masuk atau keluar bahan yang boleh digunakan untuk membuat senjata.
Mengenai keselamatan maritim di Laut China Selatan, mereka menegaskan walaupun isu ini amat mencabar tetapi ia mesti diselesaikan melalui rundingan berpandu kepada undang-udang antarabangsa.
Perdana Menteri juga menyampaikan ucapan terima kasih kepada Obama kerana menghantar 50 orang guru Bahasa Inggeris yang akan ditempatkan di Pahang, Terengganu dan Johor.
Beliau menyatakan penghantaran guru BI itu adalah respons Obama dalam ucapannya di New York pada 2010 dan berharap jumlah itu akan ditingkatkan.
Sementara itu, Obama dalam kenyataan pembukaan sebelum mesyuarat bermula berkata, pertemuan itu akan membolehkan kedua-dua negara membincangkan bagaimana boleh memanfaatkan Sidang Kemuncak Asia Timur untuk menjamin kemakmuran dan keselamatan rantau itu.
Beliau berkata, hubungan AS dan Malaysia adalah kukuh, yang dapat dilihat melalui isu seperti Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).
“Saya menghargai kerjasama luar biasa yang kami terima..., kami mahu menjadi rakan akrab dengan Malaysia,’’ katanya.
Presiden AS itu juga menyifatkan kepimpinan Najib telah berjaya menerus dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Sementara itu, Najib dalam kenyataan balasnya berkata, Malaysia bersedia memperluaskan rangkaian perdagangan dan pelaburan dengan TPP.
“Kami berharap dapat memenuhi tarikh akhirnya (Julai) tahun depan dan melihat terdapat prospek besar dari segi peningkatan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara,’’ katanya.
AS juga, kata Najib, adalah rakan perdagangan keempat terbesar dan pelabur terbesar di Malaysia.
Kalau Presiden Amerika Syarikat kata Malaysia boleh, siapa lagi nak pertikaikan? memang Malaysia boleh. Dunia sudah mengenali Malaysia di bawah kepimpinan DS Najib. dan memang benarlah populariti DS Najib sudah meningkat, bukan sahaja di Malaysia, malah di mata dunia. Syabas DS Najib, memang boleh, Malaysia boleh! - TERIMA KASIH UTUSAN.
No comments:
Post a Comment