SHAH ALAM – Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan (PJS) dari PKR, Hee Loy Sian mempersoalkan tindakan Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), Datuk Zaid Ibrahim mahu bertanding di kawasan itu pada pili-han raya umum akan datang.
Ini kerana, beliau yakin Zaid tidak akan menang kerana sejarah bekas Menteri Kabinet itu yang dua kali ‘lompat parti’ menjadi faktor rakyat enggan memberikan undi kepadanya.
Ini kerana, beliau yakin Zaid tidak akan menang kerana sejarah bekas Menteri Kabinet itu yang dua kali ‘lompat parti’ menjadi faktor rakyat enggan memberikan undi kepadanya.
“Saya hormat Zaid, tetapi amat sukar baginya untuk membolosi kawasan ini. Lagipun, penduduk tidak kenal Zaid dan beliau tiada pengaruh di kawasan ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas pe ngumuman Zaid semalam yang mahu bertanding di kerusi Parlimen PJS dengan alasan sudah biasa di kawasan itu, faktor pecahan kaum dan permasalahan rakyat yang masih belum terbela sepenuhnya.
Kerusi PJS kini disandang Loy Sian selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Donald Lim Siang Chai dengan majoriti 5,706 undi.
Pada masa sama, Lian Sian turut melahirkan kehairan dengan keputusan Zaid itu kerana majoriti pe ngundi di PJS berbangsa Cina.
“Tidak ramai orang Melayu di sini. Jika beliau tetap pilih kawasan ini, memang tipislah harapan untuk menang. Kalau benar hendak bertanding, pergilah tempat lain seperti Kota Bharu, Kelantan,” katanya.
HENTIKANLAH ZAID. KALAU KAMU BERTANDING TAK AKAN MENANG PUNYA. INI BUKAN IBM KATA, TAPI..KAWAN LAMA KAMU, KAWAN SEPEJUANGAN KAMU. JANGAN BUANG MASA ZAID. - IBM
No comments:
Post a Comment