ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA
MUKADIMAH
RAMAI yang mungkin tidak sedar. Selain tercemar dengan kandungan logam berat yang melebihi paras dibenarkan, air di Kelantan juga menjadi faktor masalah kereputan gigi dan gigi berlubang di negeri itu. Ia berikutan kurangnya sebatian fluorida dalam bekalan air.
Maklumat ini bukan andaian tetapi fakta yang tidak dapat disanggah. Gejala kereputan gigi ini disebabkan hanya lima daripada 29 loji rawatan milik Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) yang mempunyai sistem pemfluoridaan atau 17.9 peratus.
Kelima-lima loji itu pula sering berdepan masalah penyelenggaraan, akhirnya menyebabkan ketiadaan fluorida dalam air terawat kepada orang ramai. Ia pencapaian terendah berbanding negeri lain di Malaysia yang mana kebanyakannya hampir mencecah 100 peratus.
Kementerian Kesihatan menetapkan julat kandungan florida dalam air 0.4 hingga 0.6 ppm. Malangnya, sejak 2006 sehingga kini, jumlah penduduk Kelantan yang menerima air terawat berflorida berkurangan.
KUALA LUMPUR 22 Nov. – Hampir keseluruhan kanak-kanak di Kelantan yang berumur bawah enam tahun mengalami masalah pereputan gigi atau gigi berlubang akibat air di negeri itu tidak dibekalkan dengan kandungan fluorida yang mencukupi.
Laporan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan menyebut, pada tahun 2007, 95.3 peratus kanak-kanak di negeri itu yang berumur di bawah enam tahun menghadapi masalah gigi berlubang. Pada tahun itu, penduduk mendapat air berfluorida adalah 18.1 peratus.
Bayangkan apa yang berlaku selepas ini. Ini kerana peratusan penduduk yang mendapat air berfluorida menurun hampir setiap tahun dan tahun lalu hanya hanya 14.1 peratus.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
POK NIK, POK NI. KATA NEGERI BERKEBAJIKAN, SERAMBI MEKAH DAN BERMACAM-MACAM LAGI. MASALAH AIR DI KELANTAN DAH BERLARUTAN. DAH LAMA BENO. KESIAN RAKYAT KELANTAN, SAMPAI KANA-KANAK JADI MANGSA. HABIS GIGI MEREKA ROSAK DIK KERANA AIR KOTOR, TAK BERSIH. SAMPAI BILA BENDA NI NAK SELESAI PAK NIK OII. DENGARLAH RINTIHAN RAKYAT TU. KALAU NAK BAWA SEMUA RAKYAT KELANTAN MASUK SYURGA PUN, JAGALAH KEBAJIKAN MEREKA. TERIMA KASIH UTUSAN MALAYSIA.COM. NASIHAT YANG IKHLAS DARI SAYA YANG BENAR : IBM
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment