Pages

Friday, November 18, 2011

PR Di Sarankan Cermin Diri Sendiri Dahulu..

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA
Sudahkah Pemimpin-pemimpin PR cerminkan diri mereka?

HASRAT TAWAN TIGA NEGERI. Pakatan Rakyat (PR) diingatkan supaya jangan berangan mahu menawan Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. PR perlu mencermin diri mereka sendiri sebelum mahu merampas tiga negeri yang di maksudkan di PRU ke-13 nanti. Ramai penganalisa politik melabelkan hasrat PR tu sebagai angan-angan kosong.

"Biarkanlah Pakatan berangan, lambat laun rakyat tahu juga tembelang mereka" - Datuk Seri Mohammad Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan
Menteri Besar Negeri Sembilan dengan selamba berkata, pembangkang boleh berkata apa sahaja, tetapi akhirnya nanti rakyat akan tahu juga tembelang mereka.

Rakyat sekarang ini sudah bijak dan mampu menilai janji manis yang dilamparkan oleh pembangkang. Beliau yakin mempunyai pandangan mereka sendiri dan boleh memberi penilian kerana kita semua kebanyakannya berpelajaran tinggi, katanya.


Di Melaka, beberapa badan NGO berkata, Pakatan Rakyat (PR) perlu cermin diri mereka sendiri sebelum mahu merampas Melaka.

Bagi pandangan beliau, mereka yang tidak memilih Barisan Nasiona (BN) pada PRU yang akan datang bolehlah diibaratkan sebagai tidak mengenang budi, lebih-lebih lagi selepas apa yang Kerajaan Negeri lakukan untuk memajukan negeri Melaka.

Menurut mereka, BN di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali rustam, telah banyak membawa kemajuan dan pembangunan di Melaka, lantaran itu perlu sentiasa disokong  oleh rakyat.

 "Jaga Selangor, usah berangan menawan negeri ini walaupun sudah berjaya mendapatkan beberapa negeri pada PRU lalu." - Datuk Ghani Othman, Menteri Besar Johor

Sementara itu, di Johor, Menteri Besarnya, Datuk Ghani Othman, menasihatkan Pakatan Rakyat (PR) supaya menjaga terlebih dahulu negeri Selangor, sebelum meletakkan harapan tinggi untuk menawan negeri lain pada PRU ke-13 akan datang.

Menurutnya, bagaimana pembangkang ingin menawan negeri lain, sekiranya mereka GAGAL mentadbir negeri Selangor dengan baik, pentadbiran yang tonggang langgang. Beliau mengingatkan Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim, jaga Selangor tu dahulu dan pertahankan negeri itu sebelum dia nak pergi ke negeri lain. boleh ke PR mempertahankan negeri Selangor?.....jawapannya ada pada anda.

Mimpi sianglah nampaknya Pakatan Pembangkang ni. Apapun, jangan biarkan ini berlaku. Kepada semua rakyat yang sudah matang, dan masak dengan kerenah Pembangkang, ayuh!....berilah mandat kepada Barisan Nasional parti yang telah banyak berjasa kepada kita semua. Rakyat hidup aman dan damai bersama BN. Hidup BN!!.

No comments:

Post a Comment