ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA.
KEMUNGKINAN IANYA BOLEH BERLAKU. SAMA-SAMA KITA TUNGGU....
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata Perhimpunan Agung UMNO yang bakal berlangsung pada 29 November hingga 3 Disember ini adalah suatu perhimpunan yang amat penting kerana ianya mungkin perhimpunan yang terakhir sebelum negara berhadapan dengan satu ujian yang paling getir iaitu Pilihan Raya Umum (PRU) 13.
“Saya jangkakan mengikut percaturan, ini adalah perhimpunan yang terakhir sebelum menjelang PRU 13. Oleh itu saya rasa ucapan-ucapan daripada perwakilan kelak sudah pastinya akan berkisar tentang persiapan terakhir menghadapi PRU 13. Begitu juga dengan ucapan Presiden dan Timbalan Presiden. Kemungkinan akan berkisar perkara yang sama.
“Jadi, amatlah penting setiap perwakilan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap nasihat yang bakal diberikan bukan hanya untuk kepentingan parti tetapi adalah untuk perjuangan UMNO sebagai tonggak Barisan Nasional (BN). Saya harapkan Gagasan 1Malaysia akan menjadi satu modal besar dalam ucapan perwakilan termasuklah lima dasar transformasi nasional yang dibawa oleh Perdana Menteri,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Beliau juga mengharapkan agar setiap jurucakap menjadikan model ekonomi dan Bajet 2012 sebagai di antara topik yang bakal dibahaskan kerana ianya cukup memberi kesan dan faktor positif dalam membantu rakyat.
“Saya berharap, rakyat negara ini akan datang beramai-ramai ke perhimpunan kali ini dan dengar sendiri nasihat daripada Presiden dan jurucakap. Buat rumusan dan jadikan ianya sebagai satu penyuntik semangat untuk kita menghadapi PRU 13 yang dijangkakan akan berlangsung dalam suasana yang getir,” katanya lagi.
Untuk ulasan seterusnya, ikutilah rakaman temubual bersama Datuk Ahmad Maslan di UMNO youtube. -MediaUMNO.
Apapun, kita sebagai ahli UMNO yang setia, bersiap sedialah kita untuk bertempur kerana PRU kali ini kita di tentang hebat oleh pembangkang. Dengan erti kata lain, bukan laluan mudah bagi kita kali ini. Sama-sama kita berdoa dan berjuang bagi mengekalkan kerajaan yang sedia ada sekarang. Insyallah.
No comments:
Post a Comment