Pages

Tuesday, November 22, 2011

TAHNIAH BUAT SETIAUSAHA BAHAGIAN!

ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA

191 SETIAUSAHA BAHAGIAN AUTOMATIK JADI PERWAKILAN

TENGKU Adnan Tengku Mansor (tiga, kanan) bersama Ahmad Maslan menunjukkan beg dan baju bip untuk kegunaan media selepas sidang media dan sesi taklimat Perhimpunan Agung UMNO 2011 di Menara Dato' Onn, PWTC, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 21 Nov. - Buat pertama kali dalam sejarah Perhimpunan Agung UMNO, seramai 191 setiausaha bahagian dipilih secara automatik menjadi perwakilan pada persidangan yang bermula 29 November hingga 3 Disember ini.


Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pembaharuan tersebut dilaksanakan berdasarkan keputusan pindaan perlembagaan parti yang dibuat pada Perhimpunan Agung Khas UMNO 2009.


"Semasa pindaan perlembagaan dibuat, pertimbangan khas telah diberi kepada setiausaha bahagian yang terlibat sepenuh masa dalam mesyuarat dan pentadbiran bahagian untuk menjadi perwakilan secara automatik.


"Ini kerana kehadiran mereka adalah baik bagi membantu perwakilan bahagian. Ia juga merupakan pengiktirafan kepada mereka," katanya ketika sesi taklimat mengenai Perhimpunan Agung UMNO 2011 kepada wakil media di sini hari ini.


Menurutnya, perhimpunan kali ini akan disertai oleh 5,447 perwakilan termasuk yang mewakili sayap parti serta 74 perwakilan Kelab UMNO luar negara.


"Selain itu, seramai 58 delegasi yang mewakili 23 parti dari 20 negara telah mengesahkan kehadiran mereka. Sebanyak 83 agensi media yang meliputi 74 media tempatan dan sembilan agensi antarabangsa dengan 1,525 wartawan telah berdaftar untuk membuat liputan perhimpunan kali ini," ujarnya.


"Seminar Kebangsaan Pemahaman Wasatiyyah dan 1Malaysia akan diadakan pada 26 November. Forum antarabangsa bertajuk 'The Politic of Economic and Social Transformation in The Era Global Crisis' akan diadakan selama dua hari bermula 28 November," katanya


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
TAHNIAH, TAHNIAH KEPADA SEMUA SETIAUSAHA UMNO BAHAGIAN. TAK PAYAH SUSAH-SUSAH NAK TANDING LAGI. APAPUN, PERKARA INI TELAH LAMA DIBINCANGKAN DIDALAM MESYUARAT MAJLIS TERTINGGI. KALAU TAK SILAP IBM, TAHUN LEPAS AKTA INI DIPINDA DAN DILULUSKAN. ORAIT, KITA JUMPA DI PWTC NANTI. HIDUP UMNO! PARTI PEMBELA BANGSA DAN NEGARA. IKHLAS DARI SAYA YANG BENAR : IBM
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

No comments:

Post a Comment