"Kali terakhir saya sempat berbual dengan Izat ketika dia dimasukkan ke HRPZ II sebelum Hari Raya Haji. Saya dimaklumkan oleh keluarga keadaannya bertambah teruk sehingga tidak sedarkan diri ketika sedang menghadapi Sukan Sea di Jakarta. Saya bertemu dengannya kali terakhir selepas Khamis lepas, ketika itu arwah sudah tidak sedarkan diri. Izat minat dengan bola tetapi kurang pandai." - FAHMIJutaan takziah IBM ucapkan kepada Khairul Fahmi dan keluarganya atas pemergian adiknya yang tercinta Mohd Amirul Izzat 16 tahun kira-kira jam 11.15 pagi tadi. Punca kematian Allahyarham ialah demam denggi. Allahyarham meninggal dunia selepas lima hari dimasukkan ke Wad 2, Delima, HUSM. Mohd Amirul Izzat sebelum itu menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) selama 15 hari. Jenazah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab 2 itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Mek Zainab. MOGA ROHNYA DI RAHMATI OLEH ALLAH SWT DAN DITEMPATKAN BERSAMA DENGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN. AMIN!! - IBM
Pages
▼
No comments:
Post a Comment