Pages

Sunday, December 11, 2011

Awas! Jangan Sampai Di Tipu!!!


Ada Pihak Jual Borang BR1M RM50

POLIS sedang memantau aktiviti penjualan borang BR1M dengan pesalah boleh didakwa atas cubaan menipu.

Di saat kesibukan orang ramai untuk memperoleh borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi mendapatkan RM500 yang diberikan oleh kerajaan bermula semalam, rupa-rupanya ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mengaut keuntungan dengan menjual borang tersebut pada harga RM50 setiap satu.

Perbuatan itu didedahkan oleh Penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman dengan berkata, selain dijual, mereka juga mengenakan bayaran bagi mengisi borang berkenaan.
“Perbuatan menjual borang BR1M tidak sepatutnya berlaku kerana ia adalah percuma,” katanya di sini semalam.
Hati-hati, ramai penyangak di luar sana. Jangan sampai kena ngap. - IBM

SUMBER : KOSMO ONLINE.

2 comments:

  1. salam tuan.. blog tuan telah saya linkkan..

    terima kasih kerana sudi linkkan blog saya kepada

    blog tuan..

    selamat berjuang...

    ReplyDelete
  2. Klik Di Sini,

    W'kumusalam. Terima kasih. Selamat berjuang kembali....:)

    ReplyDelete