RAKYAT di ingatkan supaya berhati-hati dan tidak terjebak oleh sebuah sendikit yang mengedarkan borang bantuan khas (BR1M) yang mana meminta si pemohon mengisi maklumat Bank Akaun (No Akaun). Borang tersebut adalah palsu. Pihak yang tak bertanggung jawab mengambil kesempatan bagi tujuan menipu si pemohon.
Oleh yang demikian, orang ramai di minta berhati-hati dan yang selok-eloknya terus ke pejabat LHDN untuk mengisi borang bantuan tersebut. Perkara ini telah di suarakan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim (gambar). Sindikit ini memang licik dan ingin mengaut keuntungan dari orang ramai.
Oleh itu, eloklah tuan/puan semua berhati-hati dan kalau boleh terus menghubungi talian Hotline BR1M sekiranya ragu-ragu kerana kerajaan tidak pernah mengeluarkan borang baru yang meminta si pemohon memberi maklumat No Akaun pemohon. Di zaman Cyber yang serba canggih, macam-macam tabiat manusia yang kita jumpa. Mereka dah tak ada kerja lain.
Bila difikirkan semula, kita tertanya-tanya, idea siapakah ini?..adakah sendikit ini didalangi oleh pihak pembangkang. Kan apa, ada bukti-bukti yang kukuh dimana pembangkang menggunakan orang-orangnya untuk mengagalkan bantuan murni ini dari kerajaan. Mereka akan sebotaj apa saja, apatah lagi PRU bakal tiba, maka inilah satu-satunya peluang bagi mereka untuk menghasut rakyat, kononnya kerjaan dengan kerjasama LHDN memerangkap pembayar cukai yang cuba lari dari membayar cukai hasil pendapatan mereka. Nonsense!!.
Apa punya pusing dah....kepada rakyat, jangan terpedaya dengan dakyah yang di mainkan oleh orang-orang tertentu ini. Pastikan anda semua mengisi borang yang betul, dan serahkan borang tersebut seberapa segera yang boleh ke LHDN. Insyallah, bermula bulan Januari tahun 2012, sekiranya anda layak, maka duit itu akan di bayar dengan segera. Kerajaan tidak pernah berbohong. Ini bukan 'umpan' PRU. Ini adalah duit kerajaan yang telah di bentangkan oleh PM di badget 2012. Yakin ni lah kerajaan BN. Parti untuk semua.
No comments:
Post a Comment