Tiga naib presiden sedia tarik diri
KUALA LUMPUR - Siapa agaknya lagi dalam kalangan pemimpin Umno yang akan tampil untuk menyatakan kesediaan mereka tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi memberi laluan kepada calon boleh menangf?
Setakat ini tiga naib presiden dan seorang ahli Majlis Tertinggi menyatakan kesediaan mereka menarik diri daripada bertanding dalam PRU itu jika mereka difikirkan tidak mampu menjadi calon yang boleh menang.
 
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal membuat kenyataan tersebut pada sidang akhbar bersama selepas perasmian Per him pu-n an Agung Umno 2011 oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Razak, semalam.
 
Sementara Datuk Seri Idris Jusoh menyatakan kesediannya itu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Ahmad Zahid.
 
Hishammuddin yang mewakili ketiga-tiga mereka berkata “tiada masalah” apabila ditanya adakah mereka sanggup melepaskan kerusi.
 
Katanya, ini selaras dengan ucapan dasar presiden parti yang antara lain menyebut anggota parti perlu menilai sama ada mereka dapat bantu parti memenangi PRU jika bertanding.
 
“Presiden parti tidak mahu meletakkan parang yang tajam untuk memenggal leher orang yang tidak lagi boleh memberikan kemenangan kepada parti, namun kita sendiri mesti lakukan muhasabah pada diri. Kalau kita tidak boleh memberikan kemenangan kepada parti lagi maka kita perlu mengundurkan diri,” katanya.