Pages

Sunday, December 25, 2011

Bob Lokman 'GABRA' Di Siasat Oleh JAIP!!!

KUANTAN – Bok Lokman, bekas pelakon, kini terkenal sebagai penceramah bebas dalam kalangan pembangkang, semalam diberi notis oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) kerana disyaki menyampaikan ceramah tanpa tauliah.


Beliau disyaki menyampaikan ceramah di hadapan Masjid Sri mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang dekat sini, selepas solat Maghrib. Ceramah itu bermula jam 8 malam dan tamat lebih sejam kemudian. Sebaik sahaja selesai, Bob Lokman, atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, didekati seorang kakitangan JAIP dan mereka dilihat berbincang di beranda Masjid. Mereka mengambil maklumat daripada Bob Lokman, semsntara jemaah menunaikan solat Isyak. 

Bob Lokman dan beberapa rakannya meninggalkan Masjid beberapa minit kemudian. Sumber JAIP mengesahkan Bob Lokman diberi notis kerana disyaki menyampaikan kuliah Maghrib tanpa tauliah dan kebenaraan JAIP. Sumber itu juga memberitahu, JAIP akan menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 161, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 yang menetapkan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-dua sekali. 

"Kita akan siasat perkara in i di bawah seksyen 161, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Bob Lokman pernah menerima waran tangkap Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana tidak hadir  beri keterangan berkaitan ceramah agama tanpa tauliah dua bulan dulu.

P/S : Tak reti bahasa si Bob Lokaman ni ye. Tak ada tauliah pun masih nak berceramah. Padan muka dia kena siasat oleh JAIP. Jelas, Bob nampak gabra, memang dia gabra. Tahu pun takut ye. Lepas di soal oleh pegawai dari JAIP, Bob terus belah langsung tak solat Isyak. Tahu takut ye.... IBM


2 comments:

  1. toksah main redah je la bob. nk ceramahpun, mesti ada tata susila. lgpun ko bukan org pahang. tanyalah cerdik pandai pasal agama kt pahang camane nk bg ceramah. kat masjid lain bob, tak sama dlm ceramah politik. kt gelanggang politik, suka ati ko lah. dosa pahala ko tanggung... ambo ingatkan demo jah!!!

    ReplyDelete
  2. Salam usin,

    Bob ni di ibaratkan kanak2 yg belum boleh merangkak, tiba2 boleh berjalan. Keluar dari dunia 'artis' kononya dunia artis penuh dgn maksiat, dosa dan x tahu apa lagi yg dia katakan.

    Tiba2 si Bob ni jadi org alim dan berceramah sana-sini menghentam rakan2 artissnya dan juga kerajaan. Belum cukup ilmu agama, belum ada tauliah, dah pandai kata org berdosa, haram sana, haram sini. Itulah Bob Lokman yg jadi pengikut Pas yg kian sesat seperti partinya PAS.

    Lantak ko le Bob oii. Ko tanggung le dosanya nanti....WA

    ReplyDelete