Pages

Monday, December 12, 2011

"Godfather Dan Mafia" - Topeng Wajah DAP Semakin Terserlah


POLITIK Dap sejak-semenjak ni kian ketara. Dulu mereka begitu melenting bila di gelar parti 'rasis', tapi, kini tidak lagi. Mereka sudah berani menghadapi itu semua. Ini, kerana mereka sudah mendapat sokongan padu dari partnernya Pas. Mereka sudah berjaya dengan 'misi' mereka untuk memperkudakan orang-orang melayu Pas. Sedar tak sedar Pas menganggap Dap lah rakan sepujangan mereka yang setia, secucuk bagi menumbangkan Barisan Nasional (BN) di PRU ke-13 nanti dan akan menawan Putrajaya.

Dari segi kaum india pula, Dap juga telah berjaya menawan mereka dan jerat Dap juga telah mengena. Kaum india yang menyokong dan menyertai parti Dap kini tersepit dan didalam delima. Seperti orang-orang melayu Pas, kaum india juga telah ditipu oleh Dap, kerana dari dasar perjuangan parti, Dap langsung tidak memperjuangan hak-hak kaum india, malah mereka di pinggirkan.

Krisis terbaru Dap di antara pengerusi Dap, Karpal Singh dan pengerusi Dap Pulau Pinang sudah sampai ketahap yang meruncing. Ramasamy di gesa oleh Karpal Singh untuk memohon maaf kepada parti, tapi dibantah oleh penyokong-penyokong Ramasamy, malah mereka mengesa supaya Karpal Singh bersara dari politik. 


Ini, terbukti semasa Konvensyen Dap Pulau Pinang semalam kecoh. Para penyokong Ramasamy berhimpun diluar meluahkan sokongan mereka terhadap Ramasamy. Adakah itu di ambil serius oleh pemimpin-pemimpin atasan Dap?...jawapannya mudah saja. " I don't think so"...oleh itu, kepada kaum-kaum india yang menyertai dan menyokong Dap, IBM nasihatkan, tinggalkan mereka. Nasib kaum India bukan terletak di tangan Dap dan Pakatan Rakyat, tapi, dari Barisan Nasional (BN). IBM betul-betul ikhlas ni, balik lah kepada parti orang-orang India, iaitu MIC yang telah banyak berjasa pada kaum india.


PULAU PINANG, 12 Dis – “Inilah wajah sebenar DAP. Jika sebelum ini DAP sering menunjukkan bahawa mereka mementingkan setiakawan, tidak rakus kejar kuasa, tidak tikam belakang  tetapi  kini tembelang mereka telah pecah. Pertelingkahan di antara ‘godfather’ dan ‘mafia’ dalam parti DAP telah mencerminkan sifat sebenar mereka,” ujar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.
Katanya, inilah yang akan terjadi sekiranya nafsu menguasai diri dan sifat rakus untuk membolot bagi kepentingan peribadi mengatasi segala-galanya apatah setelah berjaya menguasai sebuah negeri di Pulau Pinang.
“Kerana gila kuasa, mereka lupa untuk metadbir negeri dengan baik dan menjaga kebajikan rakyat. Sikap pemerintah seperti ini akan menyebabkan rakyat sengsara.
“Adakah kita mahu terus memberikan kuasa memerintah kepada DAP yang sudah terang dan jelas hanya tamakkan kuasa dan gagal mengawal sikap ahli dan pemimpinnya.  Pemerintah yang telah dikuasai oleh rasa tamak dan gila kuasa tidak akan mempedulikan nasib orang lain kerana mereka hanya memikirkan mahu berkuasa.
“Dahulu, mereka sering mencerca UMNO dan BN. Apabila timbul sebarang masalah di dalam parti kita, mereka akan terus menghentam. Tetapi sekarang, bangkai yang mereka cuba tutup tidak dapat disembunyikan lagi. Inilah wajah sebenar DAP,” kata beliau bagi mengulas pertelingkahan antara Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Timbalan Pengerusi DAP, P Ramasamy.
Karpal dengan lantang telah mencela Ramsamy semasa berucap di Koncensyen DAP negeri Pulau Pinang semalam.
Kemarahan Karpal tidak mampu dibendung lagi apabila para penyokong Ramasamy yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri 11 Pulau Pinang berhimpun bagi meluahkan sokongan terhadap pemimpin mereka itu.
Zainal berkata, rakyat Pulau Pinang harus telah dapat melihat ‘drama’ yang selama ini dimainkan oleh pakatan pembangkang.
“Hanya kerana menyedari Pilihan Raya Umum (PRU) 13 sudah semakin hampir, mereka sanggup bertelagah sesama sendiri kerana rebutkan kuasa. Kita dalam UMNO dan BN, tidak kisah siapapun yang terpilih menjadi calon.
“Setiap ahli akan terus menyokong siapa sahaja yang dipilih kerana kita yakin mereka yang dipilih sudah pasti adalah yang terbaik di antara yang terbaik. Tetapi pakatan pembangkang yang terlalu taksub dengan kuasa, sanggup bergaduh sesama sendiri hanya kerana kepentingan diri sendiri.  Itu baru mereka dapat kuasa satu negeri kalau dapat perintah negara tak tahulah apa akan jadi,” ujarnya. -MediaUMNO

SUMBER : UMNONLINE.COM 

No comments:

Post a Comment