Pages

Tuesday, December 6, 2011

HARI INI DALAM SEJARAH

 06 DISEMBER

MENGIMBAU KEMBALI SEJARAH SILAM TANAH AIR KITA. SELAMAT MEMBACA.

ALMARHUM TUNKU ABDUL RAHMAN

TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA MENINGGAL DUNIA

TARIKH PERISTIWA : 06.12.1990
Pada hari ini  dalam  tahun 1990,   Bapa  Kemerdekaan negara,  Tunku  Abdul Rahman Putra Al-Haj  telah  kembali  ke  rahmatullah  pada  usia  87  tahun  di Hospital  Besar  Kuala  Lumpur  pada  jam  10.25  malam.  Jenazah Almarhum telah di bawa ke bangunan Parlimen daripada  tempat   kediamannya  bagi  membolehkan orang ramai memberikan  penghormatan  terakhir.  Satu  upacara  penghormatan terakhir  juga  telah diadakan  di  Stesen  Tentera  Udara  Diraja Malaysia oleh Pasukan Polis Diraja Malaysia,  sejurus  sebelum Jenazah Almarhum diterbangkan ke Alor Setar, Kedah untuk  disemadikan di Makam Diraja Langgar, disisi makam kekandanya, Tunku Yusof, Tunku Mohammed Dewa, Tunku Kassim  dan  Sultan Badlishah.    Tunku  Abdul  Rahman  merupakan  putera  ketujuh  kepada  Sultan  Abdul  Hamid  Halim  Shah  dan  telah  diputerakan  oleh  bondanya,  Che Manjalara  pada  8  Februari 1903.  Penglibatan Tunku dalam politik UMNO bermula sejak tahun 1949 setelah menjadi Pengerusi UMNO Kedah.  Atas desakan Tun Abdul Razak, beliau menawarkan dirinya menjadi Yang di-Pertua Agong UMNO pada 1951 bagi menggantikan Dato' Onn Jaafar yang meletakan jawatan dengan menewaskan dua pencabar lain dalam pemilihan itu.  Sesungguhnya  segala  jasa  bakti  dan  sumbangan  Almarhum  Tunku  terhadap  negara  akan  tetap  terus  dikenang  dan  dijulang  selamanya.
IKHLAS DARI : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA.COM]

2 comments: