Pages

Thursday, December 8, 2011

HARI INI DALAM SEJARAH

 08 DESEMBER

MENGIMBAU KEMBALI SEJARAH SILAM TANAH AIR KITA. SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA PENGEMAR SEJARAH - IBM

TENTERA JEPUN MENDARAT DI KOTA BHARU, KELANTAN



PENDUDUKAN JEPUN DITANAH MELAYU

TARIKH PERISTIWA : 08. 12.1941

Pada  hari  ini  dalam tahun 1941,  Tentera  Jepun  yang  diketuai  oleh Jeneral Takumi telah  mendarat  di  Pantai  Sabak  di  Kota  Bharu, Kelantan.  Pendaratan  ini  telah  menandakan bermulanya  siri  penawanan  Tentera  Jepun  ke atas Tanah Melayu.  Usaha  Tentera  Inggeris di  bawah  pimpinan  Brigadier  Kay  yang  mengetuai  28th Indian Infantry Brigade  dalam mempertahankan Kota Bharu telah  menemui  kegagalan.  Sebelum mendarat di Kota Bharu, Jepun telah menandatangani Perjaniian Persahabatan dengan Thailand yang membenarkan Jepun mendarat dan mara ke Tanah Melayu melalui Selatan Thai iaitu melalui Singgora dan Patani.  Semasa serangan ini, pertahanan di Tanah Melayu tidak cukup bersedia dan Inggeris menyangka bahawa tentera Jepun akan menyerang Singapura melalui laut lalu menumpukan pertahanan di Singapura. Sebaliknya tentera Jepun telah mendarat di Kota Bharu dan mara ke selatan. Sementara itu tentera Jepun dari Singgora dan Patani telah mara ke Kedah dan memecahkan pertahanan di Jitra dan Alor Setar. Kedua-dua ketumbukan tentera Jepun ini telah bergerak ke arah selatan dengan pantasnya  berikutan itu Pulau Pinang jatuh ke tangan Jepun pada 17 Disember  1941  diikuti  oleh  Ipoh  pada  27  Disember  1941.  Akhirnya  Jepun menawan  Kuala  Lumpur pada 11 Januari 1942  dan berjaya  menakluki  seluruh  Semenanjung Tanah Melayu.

[SUMBER : ARKIB NEGARA.COM]

No comments:

Post a Comment