BR1M : Isu Harta Benda Disiasat LHDN Tidak Betul
SIAPA le yang punya kerja ni. Tak habis-habis nak menyusahkan rakyat. Kerajaan dan buat elok, luluskan bantuan, tapi, ada pulak pihak yang cuba sabotaj tujuan murni dari kerajaan. Pagi tadi, IBM di datangi oleh seorang 'hamba allah' bertanyakan akan bantuan BR1M yang di luluskan di Parlimen baru-baru ini. Katanya betul ke LHDN akan menyiasat segala harta yang kita apabila mengisi borang bantuan BR1M?
CONTOH BORANG BR1M (DIBERI PERCUMA)
Aduh, apa punya karut le cerita ini. IBM tanya dia, mana dia dapat cerita tu?, katanya dah heboh dan keluar surat khabar jugak katanya. Risik punya risik, rupanya di tempat IBM tingggal pun dah heboh cerita karut ni. Untuk tidak buat diaorang panik, IBM cuba jelaskan bahawa itu adalah khabar-khabar angin yang sudah pasti datangnya dari mulut puak-puak pembangkang.
Kalau betul le semuanya itu angkara dari pembangkang yang cuba nak sabatoj apa yang kerajaan buat, IBM rasakan pembangkang sudah kehabisan modal, terdesak kerana cuba mengelirukan rakyat dan mempolitikkan isu bantuan BR1M ini kerana PRU ke-13 kian hampir. Kepada penyebar-penyebar khabar angin di luar sana, hentikanlah kerja bodoh ni, dan hentikan niat buruk korang tu. Tak dapat apa-apa pun.
Kepada rakyat semua, terutamanya di tempat IBM, tak usah dego semua tu, karut je, kalau belum isi lagi borang bantuan tu, dan kalau belum ambik lagi, jom, datang kat pejabat Umno PJU dan juga di pejabat-pejabat wakil rakyat BN. Mereka ada menyediakan khidmat ini. kita kan bantu dari A-Z, macamana nak isi dan kita juga akan hantar borang tersebut terus ke LHDN. Tak bagus ke lagi khidmat yang Umno bagi kan?. Ayuh, tunggu apa lagi, jom nanti melepas pulak, Jangan salahkan kerajaan nanti.
PEMBANGKANG DENGKI DAN SENTIASA MENGELIRUKAN RAKYAT. TOLAK PEMBANGKANG DI PRU AKAN DATANG
No comments:
Post a Comment