Pages

Saturday, December 10, 2011

Kita Tunggu Dan Lihat,Siapa Yang Rakyat Tolak, 'ABU' Atau UMNO??


PAKATAN Rakyat di lihat terlalu ghairah untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) di PRU ke-13 nanti. Bencinya mereka terhadap kerajaan yang ada sekarang, terutama parti Umno begitu meluap-luap. Mereka tiada pilihan. Untuk mendapatkan sokongan padu rakyat, beberapa lagi gabungan parti politik di ujudkan oleh pakatan pembangkang. Terbaru, gabungan beberapa parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), aktivis dan kumpulan masyarakat membentuk satu gerakan menentang Umno yang dikenali 'Asalkan Bukan Umno' (ABU) yang kononnya untuk menyedar masyarakat menolak Umno pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Menurut dalangnya yang bertindak sebagai jurucakap 'ABU', semua orang kenal si pengkhianat ni, Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali Chegubard menyatakan, sudah tiba masanya negara ini tidak ditadbir oleh Umno dan negara akan ditadbir lebih dinamik dan berdaya saing. Katanya lagi, sudah tiba masanya orang perseorangan dan kumpulan masyarakat sivil mengakhiri penguasaan Umno dan menyokong gerakan rakyat untuk mengembalikan hak dan kekayaan negara. Amboi-amboi sedapnya mulut dia ni bercakap.

Sumber yang IBM dapat, mengikut kata Chegubard, 'ABU' akan melancarkan kempen di seluruh negara untuk menyedarkan rakyat supaya berani menyatakan pendirian mereka dan menolak Umno, kerana Umno dituduh menggunakan politk perkauman untuk menakutkan rakyat. Benar ke begitu Chegubard?. Berhati-hati bila bercakap tu. Bak kata perpatah, " binasa santan kerana pulut, binasa manusia kerana mulut". Cakap jangan seberang cakap.

Dari sudut penerimaan rakyat kepada UMNO/BN sejak akhir-akhir ini,  IBM lihat telah begitu meningkat sekali. Rakyat sudah mula sedar dan tahu siapa pembangkang sebenarnya. Kejahilan mereka, penipuan demi penipuan , janji demi janji yang mereka buat kepada rakyat, membuatkan rakyat benci dan jemu. Mereka tiada pilihan selain dari memilih Barisan Nasional (BN) kerana mereka tahu inilah satu-satunya parti yang benar-benar membela rakyat.

Oleh itu, wahai Chegubard, tiada masalah kepada kami, sekiranya Pakatan Rakyat nak tubuh lebih banyak NGO, bergabunglah seberapa banyak yang korang mahu, ianya tidak menjadis kudis kepada kami, orng-orang Umno/BN. bukan cakap sombong, takbur, tapi, kami sudah bersedia. Kita lihatlah siapa yang akan ditolak oleh rakyat dan siapa yang akan jadi "ABU' di PRU ke-13 nanti. 

KALAU MENGENGGAM API BIAR SAMPAI JADI BARA MANAKALA ABUNYA DIHANYUTKAN KE LAUT. BEGITULAH NASIB PAKATAN RAKYAT.



No comments:

Post a Comment