NGO 'HADIAH' GUAN ENG KEK REPLIKA NAJIS
EMPAT replika kek berbentuk najis manusia dan sebiji berbentuk angka empat dibawa masuk oleh beberapa anggota NGO ke tempat menunggu tingkat tiga Bangunan Komtar, Pulau Pinang, semalam.
MEMANG amat memalukan. Apatah lagi bergelar 'Ketua Menteri' Pulau Pinang di hina sebegitu rupa. Malu, malu dan amat memalukan. Mesej yang disampaikan oleh NGO adalah mesej dari rakyat Pulau Pinang jugak. Mereka dan jelak dan bosan dengan keranah DAP Pulau Pinang.
Jesteru, beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menghadiahkan 'kek' unik serta replika najis manusia kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sempena hari lahirnya yang ke-51 di Bangunan Komtar, di sini hari ini.
Bagaimanapun, cubaan 20 ahli NGO berkenaan gagal berikutan pintu utama menghala ke pejabat Setiausaha Agung DAP itu dikunci pengawal keselamatan.
Difahamkan replika najis itu diterima daripada empat individu yang mengisytiharkan mereka sebagai ahli NGO selepas keluar dari DAP.
Presiden Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia Pulau Pinang (PSAMPP), Abdul Ghani Mohamed Jiman yang mengetuai kumpulan itu berkata, kek itu diperbuat daripada polisterin dan disalut dengan krim coklat sebagai tanda tidak berpuas hati mereka dengan pentadbiran Kerajaan Pulau Pinang yang disifatkan kotor dan hanya cantik di luaran sahaja.
Kek yang bersalutkan coklat diluar itu jika dilihat ia sangat lazat dengan warna dan rupa bentuknya, namun apabila dipotong dalamnya palsu kerana diperbuat dengan polisterin yang sememangnya tidak boleh dimakan.
Mereka (Kerajaan DAP Pulau Pinang) sama seperti kek itu di mana hanya cantik di luar namun di dalam sebaliknya.
Mereka membuat kek itu begitu adalah untuk menunjukkan bahawa pentadbiran DAP di negeri ini adalah palsu semata-mata. Mereka menipu rakyat dengan janji manis namun kita lihat agenda yang sebenar, semuanya palsu belaka.
IBM berharap mesej yang hendak di sampaikan oleh beberapa badan NGO, dapat di teliti dengan lebih serius lagi, kerana rakyat yang menentukan hala tuju sesebuah negeri. Rakyat akan memilih pemerintahan daripada parti politik yang stable, tidak terlalu 'berpolitiking dari menjaga kepentingaan dan kebajikan rakyat semua.
Apabila ini berlaku di Pulau Pinang, terpulanglah pada UMNO/BN Pulau Pinang masuk jarum dan menjalankan strategi bagaimana untuk mendekati dan mengambil hati pengundi-pengundi di sana. Sebenarnya, peluang UMNO/BN di pulau mutiara ini untuk kembali memerintah adalah cerah. Teruskan agenda 'turun padang', dekati rakyat dan bantulah mereka dengan jujur dan ikhlas. Insyallah, mereka akan buka mata. Mata mereka masih boleh memandang jauh dan mereka boleh menilaikan yang mana baik dan buruknya.
Ayuh, kita buka langkah, rapatkan barisan, tiupkan semangat yang berkobar-kobar, terus, dan terus berjuang. Insyallah, Pulau Pinang boleh di tawan dan kita rampas dari DAP. Kepada Guan Eng, cepat-cepat le cari jalan keluak, keluak dari Pulau Pinang, hang berambus balik ke Melaka negeri asal mu.
PAS AKAN MENJADI KUDA TUNGGANGAN DAP SELAMA-LAMANYA. PAS, PIS, PUS!!
No comments:
Post a Comment