Pages

Thursday, December 15, 2011

Mr Bean Mahfuz Halau Hassan Ali Keluar Dari PAS???



ITULAH sifat sebenar sesetengah pemimpin-pemimpin PAS. Tidak adan semangat setia kawan. Kalau boleh di pijak dan di lenyek sampai lumat. Mereka selalu menuding jara pada UMNO yang kononnya sebuah parti yang tidak mengamalkan demokarasi. Pancung memancung dan banyak lagi tomahan untuk memburukkan UMNO.


Tapi, rupa-rupanya di dalam PAS lagi teruk. Kata PAS sebuah parti yang mengamalkan prinsip setia kawan, berjuang untuk agama, itu hanya diluaran sahaja. Di dalaman PAS rupa-rupanya amat teruk sekali. IBM bukan nak membela atau menyebelahi mana-mana pihak. Lagi pun IBM orang UMNO, pro kerajaan. Boleh belahlah PAS, terutamanya si Mr Bean @ Datuk Mahfuz. 


Ada ke patut, sebagai seorang Naib Presiden PAS, menyarankan agar Datuk Dr Hassan Ali supaya keluar dari PAS dan pergi menyertai UMNO. Apa punya kawan ni?. Bagi IBM, Mahfuz ni mesti mempunyai agendanya tersendiri. Kesian Datuk Dr Hassan Ali, di tembak kiri, kanan, depan dan belakang. Terangkat buntut Dr Hassan di buatnya. Itulah krisis yang melanda PAS ketika ini.

Bagi IBM, kalau orang asyik dok tembak kita, apa lagi tunggu, cabut je le. Cabut tak bermakna kita kalah. Kita bangkit dan lawan. Kepada Datuk Dr Hassan Ali, ayuh, bangun, dunia belum kiamat, perjuangan masih jauh dan belum selesai. Mulakan langkah, dan buktikan usaha untuk menyatu padukan PAS dan UMNO boleh dilaksanakan dan akan diteruskan, walaupun Datuk tidak menyertai UMNO. Niat mu murni. IBM percaya ramai rakyat di luar sana, terutamanya orang melayu akan bersama mu Datuk.



PAS SUDAH MULA GENTAR DAN TAKUT DENGAN BAYANG-BAYANG MEREKA SENDIRI

No comments:

Post a Comment