Pages

Friday, December 30, 2011

PENYAPU OH PENYAPU!!

Gambar di atas, berlakunya pergaduhan di antara paderi di sebuah gereja di Baitulaham. Sejumlah paderi bergaduh semasa membersihkan lantai gereja Nativiti dengan mengunakan penyapu lantai yana mana tempt itu dipercayai tempat kelahiran Nabi Isa, iaitu berhampiran Tebing Barat, semalam. 

Pergaduhan itu melibatkan kumpulan paderi dari Amerika dan Grece Ortodoks. Nasib baiklah tiada kecederaan berlaku dalam pergaduhan itu. Punca pergaduhannya tidak di ketahui, tapi ianya berlaku selepas beberapa paderi menyapu di kawasan yang dikhaskan untuk kumpulan paderi lain.

Kesimpulannya. Walaupun mereka sesama mereka bergaduh, tapi mereka tetap bersama kembali, dan mereka pastikan agama mereka kuat dan mereka bertekad untuk memperluaskan agama kristian mereka di serata dunia.

Kini, ianya menyular di negara kita. Pihak-pihak kristian ini sudah mula bergerak secara agresif menghampiri orang-orang Islam di negara ini. Mereka cuba untuk memurtadkan orang -orang Islam, terutamanya golongan belia. Percubaan mereka ternyata berjaya, kerana isu murtad dikalangan umat Islam di negara kita ini kian meruncing.

Gambar yang ini pula, IBM rasa semua orang dah tahu akan peristiwanya. Gara-gara menghadiahkan penyapu, Negeri Selangor jatuh ke tangan pembangkang, iaitu Pakatan Rakyat. Tapi, ramai yang menyatakan, bukan itulah sebab utama jatuhnya kerajaan Umno/BN. Kesilapan yang berlaku adalah kerana sikap pemimpin-pemimpin BN semasa itu. Mereka begitu angkuh, terlalu banyak korapsi berlaku. Maka sudah wajarnya lah rakyat menghukum mereka.

Mari kita menyorot kembali akan peristiwa pemberian hadiah penyapu oleh Khir Toyo kepada PBT & Majlis Perbandaran. Bagi pandangan bodoh IBM, ia melambangkan sikap KURANG AJAR Khir Toyo kepada PBT dan dengan sikap angkuh beliau akhirnya tersugkur di sebabkan ketidakcerdikan beliau itu. Kita semua tahu, apa benda allah tu yang bernama 'penyapu'. Tak payah IBM nak huraikan satu persatu akan perihal penyapu ni. 

Berbalik kepada cerita prihal paderi tu tadi, bagi mereka bergaduh mengunakan 'penyapu' tidak menghalang depa untuk memperkuatkan lagi pengaruh KRISTIAN depa, malah mereka bergerak sebagai satu unit bagi mengembangkan agama kristian depan.

Dan, akhirnya IBM nak memperingatkan kepada pemimpin-pemimpin BN di negeri Selangor ini, bukan saja di Selangor ini, malah di seluruh negara supaya berhati-hati sebelum membuat sesuatu keputusan, Jangan sampai terguris hati orang, apatah lagi rakyat jelata. Ramai di kalaangan pemimpin-pemimpin kita semasa di peringkat awal memegang sesuatu jawatan, amatlah elok, tertip, bersopan, mesra rakyat. Tapi, selepas masuk ke penggal ke dua dan seterusnya, mereka sudah hilang pendoman. Faham-fahamlah apa yang IBM maksudkan tu ye. Ingat ye, PRU ke-13 kian hampir.

Oleh itu, marilah kita sama-sama mencari jalan, kuatkan semangat, pertahankan negara dan agama kita dari ancaman pihak yang dengki dengan perpaduan dan keamanan negera kita yang sekelian lama kita kecapi. Tentang isu MURTAD, jangan di pandang ringan. Pihak yang berwajib kenalah bertindak. Jangan sampai di saat akhir yang mana satu hari nanti, tidak mustahil pihak atau bangsa asing yang memberi PENYAPU pada kita. 

Pada masa itu semunya sudah terlambat. Padan muka kita. sekian.

ADA YANG KATA BILA KENA PENYAPU SIAL SAMPAI KE SUDAH. SIAL BETUL KE PENYAPU NI?


No comments:

Post a Comment