Pages

Saturday, December 10, 2011

Perkhabaran Buruk Yang Buat Anwar Tak Tidur Malam

UNDI MUDA : BN DAHULU PAKATAN RAKYAT


NUN jauh dari Kota Bahru, Pakatan Rakyat mendapat berita yang kurang menyenangkan dan tidak menyebelahi mereka. Dah tentu ketuanya, Anwar Ibrahim kecut perut dan tak tidur malam. Apa tidaknya, di sidang Wacana Perdana PRU13 yang di adakan di Kota Bharu semalam, kajian telah dibuat oleh Pengasas Zentrum future Studies, Prof Madya Dr Abu Hassan bahawa sokongan golongan muda menjelangnya PRU13 nanti, nampaknya memihak kepada Barisan Nasional (BN).

Barisan Nasional (BN)  mendahului Pakatan Rakyat (PR) sekurang-kurangnya tiga peratus mendapat sokongan dari golongan muda. Menurut Prof Madya Dr Abu Hassan, angka itu boleh berubah menjelang pilihan raya kerana golongan muda peka kepada perubahan muda. Dan, katanya, hanya BN sahaja yang boleh membuat perubahan apa yang di inginkan oleh pengundi-pengundi golongan muda.
Jumlah kaum muda dalam demografi Suruhanjaya Piliha Raya (SPR) adalah sehingga 68 peratus, bermakna kaum muda Cina secara total daripada 88 peratus hingga 92 peratus menyokongan Pakatan. Tapi, mengikut Prof Dr Abu Hassan, peratus tersebut tidak mencukupi untuk Pakatan mengatasi BN di PRU13 nanti.

Wacana Perdana PRU13 yang di adakan di Kota Bharu pada malam tersebut, antara panel yang hadir ialah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat dan Setiausaha PKR, Saifuddin Nasution. Menurut Abu Hassan lagi, sebahagian besar sokongan golongan muda PR diraih dari kalangan anak muda Cina manakala mengikut gender dan umur dianggarkan kaum itu menyokong Pakatan pada kadar 82 hingga 88 peratus sahja.

Bagi sokongan pengundi muda melayu pula, ia kekal pada kadar 22 hingga 28 peratus untuk memberi kelebihan sokongan tiga hingga lima peratus kepada BN. Inilah berita yang kurang menyenangkan bagi Ketua Pembangkang dan Pakatan Rakyat yang begitu konfiden akan memenangi PRU ke-13 nanti dan akan menakluki Putrajaya yang Anwar dan kuncu-kuncunya idam-idamkan. 

Mengulaskan akan kajian yang telah dibuat, Saifuddin yang mewakili pihak pembangkang bersuara dengan nada yang agak sedih berkata, PKR mengambil sikap terbuka dan menerima kajian yang dibuat walaupun tidak berpihak kepada partinya. Katanya, mereka tidak mengamalkan sandrom penafian dan terus berusaha bagi mendapatkan sokongan yang lebih dari pengundi golongan muda.

Kesimpulannya, Pembangkang sudah mula gusar dan membayangkan segala usaha, kerja keras mereka selama ini akan gagal. Sekarang mereka sudah merasakan betapa peritnya untuk memenangi PRU ke-13 nanti dan sekali gus menumbangkan Barisan Nasional (BN), bukanlah perkara yang mudah. Oleh itu, kepada pemimpin-pemimpin Barisan Nasional, ayuh, kita teruskan langkah kita, tingkatkan usaha, bela rakyat seperti slogan yang diilhamkan oleh Perdana Menteri kita DS Najib, rakyat didahulukan, pencapian di utamakan. Insyallah, slogan tersebut harus di kekalkan di dalam hati semua pemimpin-pemimpin BN demi untuk terus memerintah dan membela rakyat. Rakyat tahu, hanya BN lah satu-satunya parti yang dapat membela nasib rakyat di negara ini.



No comments:

Post a Comment