Pages

Tuesday, December 20, 2011

SPR : Maaf, Tiada Lagi Masa Bantahan


BENGGANG. Mesti benggang. Ini yang akan membuat pembangkang lagi benggang. Ada-ada je SPR ni. Ianya akan keluar dari mulut pembangkang. Pengumunan yang dibuat oleh Pengerusi SPR semalam, Tan Sri Abdul Aziz sudah tentu akan mengejutkan pembangkang. Sudah pasti pembangkang akan membuat tuduhan SPR ingin memenangkan calon BN. Grantie, IBM pasti ianya akan tercetus keluar dari mulut pembangkang. Kita tunggu nanti.

Tan Sri Abdul Aziz mengumamkan semalam, tiada lagi 'masa bantahan' semasa hari penamaan calon di PRU ke-13 nanti. Tanggungjawab sepenuhnya untuk menentukan kelayakan seseorang calon untuk bertanding dalam pilihan raya di letakan di bahu pegawai pengurus pilihan raya.

Wowww..bertambah benggang le pembangkang nanti. Kan depa ni kaki bangkang, tak habis-habis nak bangkang. Pengalaman yang sudah-sudah, ketika penamaan calon dibuat, pembangkanglah yang banyak kerenahnya, bangkang sana, bangkang sini. Maklumlah itu satu dari stretegi pembangkang untuk melemahkan pihak lawan dan kalau betul caranya depa dapat menang percuma, tanpa tanding.

Dan, yang menariknya dari SPR, calon yang mengemukakan borang pencalonan untuk bertanding, tidak lagi dibenarkan menarik diri pada saat-saat terakhir. Tapi, sejarah PRU ni, tak pernah pun pembangkang tarik diri. Kalau boleh semua tempat depa nak bertanding. Kalau calon bebas mungkin ada kerana apabila mereka conggak pun conggak, tempat tak selamat dan pasti akan kalah teruk.

Daripada hilang 'wang pertaruhan' lebih baik tarik diri. Betul tak?. Nanti sehari-dua ni, akan kedengaran bantahan dan tomaahan yang akan pembangkang tujukan kepada SPR. Kita tunggu. Dan kita tunggu juga respon dari kumpulan haram himpunan BERSIH.

 
SURUHAN PILIHAN RAYA (SPR) BADAN DAN AGENSI KERAJAAN YANG BERSIH DAN TELUS

No comments:

Post a Comment