ANWAR dan penyokong-ponyokongnya memang terdesak. Masa terlalu suntuk untuk Anwar melepaskan diri dari hukuman yang menanti beliau pada 9 Januari (Isnin) 2012. Mengetahui yang beliau akan di jatuhkan hukuman, dengan tidak segan-silunya Anwar berpakat dengan para penyokongnya untuk mengadakan demonstrasi di Ibu negara bagi menyelamatkan dirinya.
Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir menyifatkan perbuatan Anwar dan penyokong-penyokongnya tidak menghormati undang-undang dan mengugut mahkamah. Kata beliau, tiada gunanya berdemonstrasi. Itu hanya akan menyusahkan rakyat . Ugut mengugut adalah perkara yang amat dilarang dan memalukan negara kita sendiri.
Memang jelas, kata beliau, pembangkang memang terdesak. Anwar tiada pilihan lain, terpaksa berdemonstrasi di hadapan mahkamah tinggi Kuala Lumpur untuk menidakkan keputusan mahkamah.
Bagi pandangan IBM, macamana sekali pun ganguan atau demonstrasi yang akan dilakukan oleh Anwar dan penyokong-penyokongnya, salah tetap salah. Pesalah tetap akan di hukum. Hanya orang seperti Anwar sahaja yang cuba melakukan apa saja demi untuk menyelamatkan dirinya. Kepada penyokong-penyokong fanatik Anwar, IBM nak tanya, sekiranya berlaku rusuhan yang sukar dikawal, pihak polis sudah tentu akan bertindak. Sekiranya korang semua ditangkap dan di sumbat kedalam, adakah Anwar akan datang menjamin korang dari pihak polis?
Korang dah habis fikir ke?. cubalah gunakan fikiran korang semua. Dengarlah nasihat dari orang-orang yang lebih arif tentang undang-undang. Kita tidak boleh mendahului undang-undng negara yang sedia ada. Kenapa tidak kita gunakan saluran yang betui. Berdemonstrasi tidak akan mengubah apa-apa. Hanya melalui PRU saja yang boleh mengubah sesuatu atau menukar kerajaan yang sedia ada sekiranya itu yang rakyat mintak.
Cara yang Anwar buat dan penyokong-penyokongnya buat adalah cara yang salah dan amat-amat menyusahkan rakyat jelata kerana Anwar cuban mengajak dan mengajar rakyat supaya membelakangi undang-undang yang sedia ada demi untuk tujuan politik songsang dan kotor beliau. Rakyat harus berfikiran terbuka dan menerima apa jua keputusan yang ditetapkan oleh mahkamah. Yang kena bukan korang, Anwar.
Lagi pun, bukan semua rakyat di negara ini yang menyokong dan bersimpati dengan Anwar, kerana rakyat sudah mengetahui tembelang Anwar dan siapa anwar yang sebenarnya. Anwar memang tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia. Beliau memang tidak akan menjadi Perdana Menteri. Ini adalah mesej yang jelas dari kebanyakan rakyat Malaysia yang inginkan negara kita terus maju hidup aman dan damai. Anwar pertualang, pengkhiant dan pembohong negara. Oleh itu, katakan tidak pada Anwar.
Segala apa yang disuarakan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir memang ada asasnya. Kita tidak boleh mendahului undang-undang. Apapun, kita tunggu perkembangannya pada harti Isnin ini, adakah Anwar berjaya dengan misinya dan adakah mahkamah akan melepaskan beliau di atas ugutan beliau terhadap mahkamah?..sama-sama kita nantikan keputusan yang mendebarkan ini. Dan......persoalan yang berlegar-legar di fikiran rakyat jelata, khusunya rakyat di ibu kota, akan berlakukah rusuhan dan pertumpahan darah pada hari tersebut semata-mata kerana hendak mempertahankan seko manusia yang layak di panggil 'Dajal'?. Harap-harap tidaklah . Sekian dari penulis - IBM
ANWAR TIDAK UBAH SEPERTI SESUMPAH YANG BOLEH MENUKAR WARNANYA BILA-BILA MASA DAN DIMANA SAJA.
No comments:
Post a Comment