MEMANG kurang ajar dan biadap. Dah lebih ni. Satu penghinaan terhadap orang-orang Islam. Apakah kita umat Islam masih nak berdiam diri? IBM nak tanya pada Pas. Kenapa Pas berdiam diri tentang isu yang amat-amat memalukan ini terhadap orang-orang Islam? IBM juga nak tanya, adakah Pas akan membuat protes dan berdemo di kedutaan Amerika Syarikat dan menghantar memorandum? kan Pas suka buat kerja-kerja serupa ini?
Dan pulak, Pas kan sebuah parti yang memperjuangkan agama Islam. Kalau beberapa bulan dulu, sebuah gereja kristian diletupkan oleh pejuang-pejuang Islam, Pas dengan lantang mengutuk perbuatan tersebut. Jadi kenapa dalam hal melibatkan maruah agama Islam seperti ini, Pas berdiam diri, membisu sejuta bahasa? apa pendirian Pas didalam perkara ini?.
Pasal mengata orang Pas le no 1. Memperlekehkan parti Umno yang kononnya Umno tidak memperjuangkan Islam dan Umno menolak negara Islam. Kepala otak korang le. Jangan cuba-cuba nak mencari salah dan silap orang kalau dia awak sendiri tu tak betul. Kemanakah hala tuju perjuangan Pas yang sebenarnya.? Dan cermin-cerminkah diri tu dulu.
Apa yang dikatakan oleh Datuk Dr Hasan Ali itu, memang ada kebenarannya. Pas sudah menyimpang jauh dari landasan perjuangannya sebenar. Pas kena balik kepangkal jalan dan perbetulkan kesilapan yang mereka buat. Maka, tidak tahan dengan kritikan pedas dari Datuk Dr Hasan Ali dan juga beberapa isu yang di bangkitkan oleh Datuk Dr Hasan Ali, termasuklah soal kes liwat Anwar, dia pun dipecat dari Pas.
Adakah itu yang dikatakan Pas sebuah parti yang memperjuangkan Islam? Kritikan Datuk Dr Hasan Ali itu adalah kritikan yang membina, bukan menjahanamkan Pas. Tapi sayang, pemimpin-pemimpin atasan Pas tidak boleh terima kerana di asak dan didesak oleh rakan kongsi mereka dari PKR yang menyatakan Datuk Dr Hasan Ali mencampuri hal dalaman PKR bersabit dengan kes liwat Anwar.
Berbalik kepada penghinaan terhadap mayat orang Islam dikecing oleh Askar AS. Apakah Pas akan ke depan dan akan mengkritik AS?. IBM rasa tidak. Pas tidak akan berani mengkritik AS kerana mereka adalah rakan karib Anwar Ibrahim yang baru dilepaskan oleh mahkamah diatas tuduhan liwatnya. Maka, kalau itulah sebab-menyebab yang korang (Pas) tidak berani, maka IBM boleh chop korang sebagai hati 'Yahudi' kelas pertama.
Bagaimana para pembaca semua?, setuju tak apa yang IBM katakan ini?. Kan apa, IBM lihat keberanian Pas tidak bertempat. Mulut lantang juga salah tempat. Maka, memang jelas Pas bukanlah Parti Islam yang memperjuangkan Islam. Bagi IBM lebih kepada parti murahan yang mengunakan dan berselindung di sebalik nama Islam. Pemimpin-pemimpin mereka pula berselindung disebalik jubah, lebai dan janggut yang seolah-olah mereka lah orang alim yang boleh dipanggil ulama. Ulama? Ulama semak ada le.
Bagi pihak kerajaan pulak, bertindaklah cepat. Hantarlah memorandum ke kedutan AS dan tunjukan kepada AS bahawa kita umat-umat Islam di Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya akan perbuatan askar mereka yang kurang ajar dan minta supaya mereka memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam didunia khususnya umat Islam di Afghanistan.
Pas boleh belah dan main jauh-jauh. - IBM
Bagi pihak kerajaan pulak, bertindaklah cepat. Hantarlah memorandum ke kedutan AS dan tunjukan kepada AS bahawa kita umat-umat Islam di Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya akan perbuatan askar mereka yang kurang ajar dan minta supaya mereka memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam didunia khususnya umat Islam di Afghanistan.
Pas boleh belah dan main jauh-jauh. - IBM
.
No comments:
Post a Comment