Pages

Sunday, January 29, 2012

Berterima Kasihlah Wahai Masyarakat FELDA!

BERCERITA tentang masyarakat Felda ni, bermacam-macam telah kita dengar sejak-semenjak kebelakangan ini. Ada yang dah kaya raya, berjaya dan ada juga yang menentang atau dengan erti kata lain tidak pandai 'berterima kasih' di atas apa usaha kerajaan bagi memajukan Felda dan menaikkan ekonomi mereka. 

IBM tak nak mengupas atau menyalahkan sesiapa di dalam kemelut dalam Felda ini, cuma IBM nak ingatkan semua peneroka-peneroka dan generasi bahru Felda supaya mengimbas kembali dan mengenang jasa-jasa pemimpin Barisan Nasional (BN) yang sentiasa prihatin membangunkan kehidupan mereka sejak lebih lima dekat lalu.

Walaupun IBM bukanlah datangnya dari keluaraga Felda, tapi kita sudah nampak akan perubahan kehidupan yang dialamai oleh peneroka felda yang terdahulu berbanding dengan apa yang ada sekarang ini.  IBM setuju dengan apa yang di katakan oleh Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad, bahawa Felda telah merobah kehidupan masyarakat sejak Perdana Menteri kedua, allayaraham Tun Abdul Razak dan kini perjuangan membela nasib peneroka dan generasi bahrunya diteruskan oleh anak Allahyarham yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Apa lagi yang masyarakat Felda tak puas hati?. Konsep penempatan semua Felda berjaya kerana pemimpin-pemimpin kita hebat-hebat belaka dalam mengurus tadbirnya ketika ada juga negara-negara luar yang cuba mewujudkan konsep ini di negara mereka, tapi gagal. Bagi IBM, Felda adalah satu dalam dunia, begitu juga pandangan Tan Sri Samad (gambar). Beliau berharap peneroka dan generasi baru Felda dapat menilai perkara ini sebaik-baiknya.

Di samping itu, satu perkara yang peneroka harus ingat dan sematkan ke dalam hati, supaya berhati-hati agar masyarakat Felda tidak terperdaya dengan tipu helah pembangkang yang sentiasa menabur fitnah dan janji-janji manis mereka. Mereka, pembangkang sekarang ini telah cuba meresap ke Felda-Felda bagi mendapatkan sokongan dari masyaraka Felda untuk meraih undi untuk PRU ke-13 nanti.

Memang dari dahulu sampai sekarang sudah menjadi tradisi pembangkang untuk mencemuh kerajaan, mereka kata kerajaan tidak baik walaupun masyarakat Felda telah hidup selesa dengan hasil bantuan dari kerajaan. Oleh itu, IBM sekali lagi ingin mengingatkan peneroka semua, apabila menjelang pilihan raya nanti, buatlah pilihan terbaik, jangan tersilap pilih kerajaan," kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna".

Oh ya, IBM hampir terlupa. Nasihat Tan Sri Mohd Isa Samad kepada semua masyarakat Felda tentang penyenaraian FELDA GLOBAL VENTURES (FGV) di bursa saham. Ia adalah wawasan Perdana Menteri demi kelangsungan generasi baharu Felda. Oleh itu, teruskan sokongan dan jangan lepas peluang keemasan ini.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
                       ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment