Cuba tengok tu, betapa sayangnya Azmin pada Anwar. Berkorban apa saja.
WOW!!! WOW!!!. Ramainya tu. PKR ni nak berperang ke apa ni?. Mana Azmin dapat lembu-lembu seramai itu?. Boleh ke kawasan mahkamah tu menampung 100 ribu puak-puak PKR tu?. Itu tak termasuk lagi penyokong-penyokong kerajaan. Takkan mereka tak mahu hadir sama. Maklumlah nak dengar keputusan yang menyeronokkan. Bagaimana pula dengan anggota keselamatan yang bertugas pada hari itu?
Puhhhhh!! tak dapat IBM bayangkan bagaimanakah suasana pada hari itu. Riuh rendah, tegang, kecoh dan mungkinkah berlakunya pertempuran lembu-lembu upahan PKR dengan anggota polis pada hari itu?. Harap-harap janganlah. Kepada Azmin, itu sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menyelamatkan bosnya atau buah hati intan beliannya. Apa tidaknya, tanpa Anwar siapa le Azmin Ali. Betul tak?
Apapun, lantak ko le Azmin ooi. Nanti jangan salahkan pihak polis bila ada diantara penyokong-penyokong kamu yang benggong tu di tahan polis. Mereka menjalankan tugas mereka. Bila korang sesama sendiri berlaga dan cedera, jangan pulak tukar cerita, kononnya polis yang cederakan mereka. Korang semua tahu tak yang korang ni langsung tak menghormati Mahkamah dan undang-undang negara yang sedia ada. Nampaknya korang kena pergi sekolah balik.
IBM nak tengok nanti, sebaik saja Tuan Hakim menjatuhkan hukum bahawa Anwar 'bersalah' , ada tak sesiapa diantara korang yang berani, rentap Anwar dan bawa keluar dari mahkamah? OPERASI penyelamat le katakan. Ada berani kah? Azmin bagaimana?. IBM rasa Azmin boleh. Dia sanggup 'berkorban apa saja' demi untuk bosnya. Baru-baru ni dia ada kata nak runtuhkan penjara jika Anwar di penjarakan.
Tuan/Puan semua, drama ini boleh kita tonton secara 'live' dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari ini. Jangan lupa menonton.
ANWAR PARAH AZMIN MERANA PKR LUMPUH PAKATAN RAKYAT HANCUR
No comments:
Post a Comment