Inilah muka sial (Azmin Ali) yang menyebabkan Datuk Dr Hasan Ali dipecat dari Pas
MACAM main wayang kulit pulak dah Pas ni. Kerana pengaruh dan desakan orang luar, Pas sanggup pecat ahlinya yang begitu lama dan telah banyak berjasa pada Pas. Yang sedihnya tu, dipecat serta-merta. Lepas tu suruh pulak buat rayuan. Apa punya parti ni?.parti yoyo ke atau apa yang dikatakan Parti Agama Sesat.
Baru tengah hari tadi IBM dapat maklumat dari seorang kawan dari Shah Alam, Pas memberi ruang dan tempuh 30 hari kepada Datuk Dr Hasan Ali, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu untuk membuat rayuan jika mahu komited dengan parti tersebut. Hi, bunyi macam satu ugutan je.
Menurut kawan IBM, tawaran 'special' itu datangnya dari mulut Ketua Penerangan Pas Pusat, Al-ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Menurut kata Tuan Ibrahim, Pas bukan sengaja nak pecat Datuk Dr Hasan, tapi di yang cari pasal. Kononnya bertentangan dengan prinsip parti. Prinsip parti?, prinsip haram jadah apa tu ye?
Dari sini, kita nampak bahawa Pas sebenarnya terdesak dan didesak oleh pemimpin-pemimpin PKR Selangor yang kurang senang dengan kelantangan Datuk Dr Hasan bila ianya menyuarakan sesuatu. Berdasarkan itulah Pas memecat Datuk Dr Hasan, tapi, kini Pas semacam nak merujuk dan memujuk kembali Datuk Dr Hasan. Apa punya Sandiwara ni.
Dan yang lucunya tu, Tuan Ibrahim seolah-olah cuba merayu kepada Datuk Dr Hasan Ali supaya jangan menyertai Umno sekiranya beliau benar-benar memperjuangkan Islam. Aduhai rakan-rakan pembaca semua, lihatlah betapa benggap dan banggannya pemimpin-pemimpin Pas ni. Apa, mereka ingat Pas saja ke parti yang memperjuangkan Islam?. Kalau betul le Pas perjauingkan Islam, kenapa apabila di kritikan oleh Datuk Dr Hasan dan beliau menyeru supaya Pas kembali keperjuangan asalnya, maka semua pemimpin-pemimpin atasan Pas melenting dan naik angin Kenapa?
Bila dah dipecat, terpulang le parti mana yang Datuk Dr Hasan nak ikut. Kenapa pula Pas pandai-pandai nak hasut supaya jangan masuk Umno. Ada dengar ke Datuk Dr Hasan nak masuk Umno?...nampaknya Pas sendiri yang takut dengan bayang-bayangnya sendiri setelah memecat Datuk Dr Hasan Ali.
IBM pun bukan nak menghasut Datuk Dr Hasan. Demi maruh Datuk, lupakan lah Pas. Itu terpulanglah pada Datuk sendiri parti yang hendak Datuk sertai. Atau Datuk sendiri dah ada pilihan sendiri. Apapun, untuk memperjuangkan agama Islam bukanlah dari Pas semata-mata. Kami dari Umno sentiasa mengalu-alukan sekiranya Datuk ingin bersama kami. Siapa kata Umno tidak memperjuangan Islam?...hanya Pas yang dengki dan cuba buat fitnah dan putar-belitkan perjuangan Umno kearah itu. Umno, dulu, kini dan selamanya memperjuangkan nasib orang-orang melayu dan agama Islam. Itulah sedikit maklumat yang IBM dapat petang tadi. Sekian. WA - IBM
KERANA 'TIDAK SENONOH' YANG MENGAKIBATKAN DATUK DR HASAN ALI DIPECAT. KATA NIK AZIZ. DIA TU SENONOH BENAR KE?
No comments:
Post a Comment