Pages

Saturday, January 28, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH

28 JANUARI 

MENGIMBAU KEMBALI SEJARAH SILAM TANAH AIR KITA DULU DAN KINI



MAJLIS PECAH TANAH BANGUNAN BALAI SENI LUKIS NEGARA
Pada  hari  ini  dalam  tahun  1997,  YB Dato’  Sabbaruddin Chik,  Menteri  Kebudayaan,  Kesenian  dan  Pelancongan  telah  merasmikan  upacara  memecah  Tanah  Bangunan  Baru  Balai  Seni  Lukis  negara. Antara  yang  hadir  pada  majlis  perasmian  Bangunan  baru  yang  terletak  di   Jalan  Tun  Razak,  Kuala  Lumpur  ialah  Tan Sri  Kamarul  Ariffin,  Pengerusi  Lembaga  Amanah  Balai  Seni  Lukis  Negara  dan  Dato’  Francis  Yeoh  Sock  Ping,  Pengarah  Eksekutif  YTL  Corporation  Berhad. Dalam  ucapannya  Dato  Sabbaruddin  menyifatkan  bahawa  upacara  ini  merupakan  detik  yang  terpenting  dalam  pembangunan  seni  lukis  negara.  Beliau  juga  menyatakan  harapan  agar  Balai  Seni  Lukis  Negara  yang  telah  ditubuhkan  pada  tahun  1958  dapat  menyatukan  masyarakat  yang  mempunyai  pelbagai  adat  resam  dengan  aktiviti  kebudayaan  bangsa  melalui  seni  visual.   Pembinaan  bangunan  ini  dibuat  melalui  program  penswastaan  di  antara  Syarikat  Tanah  dan  Harta  Sdn.  Bhd.,  Kementerian  Kebudayaan,  Kesenian  dan  Pelancongan  dan  YTL  Corporation  Berhad.   Rekabentuk  bangunan  yang  berasaskan  bentuk  rumah  Melayu  ini,  adalah  hasil  rekabentuk  dan rekaan  Encik  Meor  Wazir  Zul’aidin  dari  Syarikat  Arkitek MAA  yang  telah  dipilih  dalam  satu  pertandingan  anjuran  YTL  Corporation  Berhad  dan  Balai  Seni  Lukis  Negara. 
SUMBER : [ARKIB NEGARA.COM]
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
                  ---------------------------------------------------------------------------------------------- 

No comments:

Post a Comment