Pages

Saturday, January 14, 2012

Janji Najib Di Selangor


NAJIB Tun Razak bersalaman dengan orang ramai semasa membuat tinjauan mesra bertemu para peniaga di Kompleks PKNS, Shah Alam, Selangor, semalam. 


JANJI yang dijanjikan oleh Perdana Menteri, Datuk seri Najib Tun Razak adalah janji yang tidak payah rakyat ragui oleh rakyat negeri Selangor. Barisan Nasional akan kotakan apa yang dijanjikan sekiranya rakyat memberi mandat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) di PRU ke-13 nanti.  Selagi pakatan rakyat mentadbir negeri segala itulah masalah tidak akan dapat diselesaikan.

Malah katanya, masih banyak janji-janji PR semasa pilihan raya umum lalu masih gagal ditunaikan oleh kerajaan Parti Pakatan Rakyar (PKR) Selangor. Sudah hampir empat tahun negeri Selangor ini mereka tadbir, tapi, hasilnya amatlah merugikan rakyat.  Dan sudah banyak kedengaran, luahan dan kekecewaan di kalangan rakyat kerana banyak janji-janji semasa pilihan raya umum 2008 lalu gagal ditunaikan meskipun pembangkang sudah berkuasa di negeri ini.

Kata-kata semangat ini diluahkan oleh Perdana Menteri semasa beliau berucap pada 'Program Sepetang Bersama PM' yang dihadari lebih 2,000 penduduk Pangsapuri Rimba Jaya dekat Shah Alam, semalam. Pemimpin-pemimpin BN Selangor pun turut hadir bagi menambahkan semangat untuk merampas kembali Selangor dari tangan PR. Difahamkan juga, semasa program tersebut rancak berjalan, rupa-rupanya ada segelintir anggota parti pembangkang iaitu sekumpulan penyokong Pas turut hadir mendengar ucapan DS Najib.

Biasa le tu. Mereka-mereka tu dihantar untuk mengintip dan mencatit segala apa yang diucapkan oleh DS Najib dan mereka akan buat modal dalam ceramah mereka nanti. Kesimpulannya, mereka, pakatan Rakyat (PR) sudah mula goyah dan risau akan kehadiran DS Najib di Selangor ini. Dan, mereka juga tahu, bukan senang untuk mentadbir sebuah negeri seperti Selangor dan mempertahankannya semasa di PRU ke-13 nanti.

Mereka juga sudah tahu akan perubahan rakyat si Selangor ini. Kini, rakyat sudah mula sedar dan kembali memberi sokongan kepada Umnoi/BN untuk mentadbir kembali negeri Selangor. Insyalah. Kepada rakyat selangor, percayalah apa yang dijanjikan oleh Perdana Menteri kita. Sokongan anda semua amat-amat diperlukan demi untuk kebaikan rakayt di Selangor. Sayangilah Selangor dan percayailah kepada Barisan Nasional (BN). - IBM


BARISAN NASIONAL ADALAH PARTI YANG MEMBELA RAKYAT. RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

No comments:

Post a Comment