Pages

Monday, January 30, 2012

KPN Meninggal Di London???



Perkhabaran yang agak mengemparkan jugak ni. Tapi, bila IBM risik-risik, ianya adalah khabar angin je. Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menafikan khabar angin bahawa Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar telah meninggal dunia di London.

Khabar angin itu yang menyatakan Ketua Polis Negara telah meninggal dunia di London adalah tidak berasas sekali. Ianya telah dijawab oleh PDRM melalui laman sosial Facebooknya.

Sebenarnya, Tan Sri Ismail dlam keadaan baik dan berada di London bagi lawatan kerja bersama Polis United Kingdom. Siapa le punya kerja ni. Tak habis-habis nak buat 'gempak'. Tapi, tak kena pada tempatnya.

Kalau nak jadi popular pun  carilah bahan cerita yang lebih menarik dan jangan jadi pencetus huru-hara yang boleh memudaratkan negara. Tapi, kalau betul-betul Tan Sri Ismail tak sihat, kita sama-samalah berdoa agar dia cepat sembuh dan kembali bertugas.  - IBM 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
                     ----------------------------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment