ENAM nelayan (dari kiri) Mohd. Zamri, Ridzwan, Rosli, Jamil, Ibrahim dan Zainodin menunjukkan pasport sementara yang disediakan pihak Imigresen ketika tiba di Jeti Feri Banda Hilir semalam.
MELAKA - Enam nelayan Malaysia yang dipenjara hampir 10 bulan oleh pihak berkuasa Indonesia kerana didakwa menceroboh perairan negara itu selamat tiba di tanah air semalam selepas mendapat pengampunan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono.
Semua mereka serta seorang lagi nelayan warga Indonesia yang ditahan di perairan antarabangsa di antara Malaysia dan Indonesia pada 8 Mac tahun lepas dibebaskan dari Penjara Bengkalis pada Rabu lalu selepas Presiden Indonesia menawarkan pengampunan iaitu pengurangan hukuman penjara tiga tahun tiga bulan dan menghapuskan denda RM350,000 seorang.
Pengadilan Negeri Bengkalis pada 5 Mei 2011 menjatuhkan hukuman enam bulan penjara serta denda RM350,000 terhadap kesemua mereka sebelum kes itu dibawa ke Mahkamah Agung di Jakarta.
Bagaimanapun, mahkamah itu memutuskan hukuman penjara dinaikkan kepada empat tahun serta denda dengan jumlah sama dan enam bulan penjara jika gagal membayar denda tersebut.
Kesemua mereka Jamil Mohd. Top, 53; Mohd. Zamri Hambali, 26; Rosli Abd. Rashid, 34; Zainodin Adam, 53; Ridzwan Aris, 35; Ibrahim Mohd. Kasim, 29, tiba di Jeti Feri Banda Hilir di sini kira-kira pukul 1.30 tengah hari dengan menaiki feri dari Bengkalis dan disambut ahli keluarga dalam satu pertemuan penuh kesyukuran.
Seorang nelayan terbabit, Ridzwan berkata, pengalaman dipenjarakan selama hampir 10 bulan di Indonesia memberi tekanan dan pengajaran kepadanya setelah 15 tahun menjadi nelayan.
p/s : Itulah lah, lain kali kena le berhati-hati. Jangan asyik nak fikir mengaut keuntungan je. Undang-undang kena le juga tahu. Nampaknya korang kenalah buat kenduri kesyukuran dan berterima kasih kepada Bapak Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono. Jangan ulangi kesilapan yang lampau. - IBM
TALI PERSAUDARAN ANTARA MALAYSIA DAN INDONESIA SENTIASA ERAT DAN AKAN BERTERUSAN KERANA KITA SERUMPUN.
No comments:
Post a Comment