IBM teringat sebuah lagu yang berjudul "semakin hari semakin sayang". Kalau tak salah, lagu ini dinyanyikan oleh Uji Rashid. Maka, IBM mengambil pendekatan bahawa lagu ini membawa erti yang amat mendalam kepada Perdana Menteri kita, DS Najib Tun Abd Razak. Kerana, populariti DS Najib naik mendadak dan rakyat di negara ini yang berbilang kaum sudah memberi isyarat dan sudah ada yang berkempen 'sayangi Perdana Menteri'.
Ini bukan satu rekaan, tapi ianya satu realiti kerana Persatuan Penganut Dewa Teoh Kong Seng dengan kerjasama Kelab Belia Graduan 1Malaysia (KBG1M) hari ini melancarkan Kempen Sayangi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta mendoakan kesejahteraan beliau untuk terus memimpin negara.
Timbalan Presiden Kelab Belia Graduan 1Malaysia (KBG1M) Gary Chan Pin Wah berkata kempen akan berlangsung di seluruh Lembah Klang dan bertujuan member penerangan mengenai dasar dan matlamat kerajaan kepada rakyat.
Kempen tersebut disasarkan kepada komuniti masyarakat di bandar khasnya kaum Cina dan India dan secara amnya komuniti setempat agar memahami daripada akar umbi akan matlamat utama kerajaan Malaysia, katanya pada pelancaran kempen itu serta Program 1Malaysia 1Amal di Bukit Bintang di sini, hari ini.
Program 1Malaysia 1Amal bertujuan meraikan golongan kurang bernasib baik. Menurut sumber yang IBM dapat, seramai 250 orang kurang bernasib baik daripada lima rumah kebajikan dan penduduk setempat menerima bantuan 1Malaysia, yang meliputi kerusi roda dan barangan makanan serta angpau, sempena musim perayaan Tahun Baru Cina.
IBM memang terasa terharu dengan apa yang dilakukan oleh Persatuan Penganut Dewa Teoh Kong Seng bersama-sama dengan Kelab Belia Graduan 1 Malaysia (KBG1M) telah bersungguh-sungguh berkempen untuk Perdana Menteri kita. IBM yakin, sedikit sebanyak berita ini akan membuat pembangkang tidak lagi bercakap besar, bongkak yang mana mereka begitu konfiden akan memenangi Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 nanti dan kan menakluki Putara Jaya. Kirim salam pada mereka semua.
Jom kita sama-sama menjayakan kempen sayangi Perdana Menteri dan berdoa agar DS Najib akan terus menjadi pemimpin No 1 negara, dan kita juga sama-sama berdoa agar terbuka hati dan mata rakyat dan menolak Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh pembohong no 1, peliwat tegar dan pengkhianat bangsa dan negara, Anwar Ibrahim.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
------------------------------------------------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment