Pages

Sunday, February 12, 2012

15 Ribu Dengar Ceramah Hasan Ali. PAS Perak Terkejut Beruk!!!

KEHADIRAN Datuk Dr Hasan Ali di Perak membuat Pas negeri merasa gelisah, gusar dan mereka terkejut beruk bila ianya mendapat sambutan yang hangat dan luar dugaan dari penduduk-penduduk tempatan di situ. Memang IBM pun rasa terkejut kerana semalam kebetulan IBM berada di sana melawat adik IBM yang kebetulan tinggal di sana.


Gelombang kuasa ketiga yang dicetuskan Datuk Dr. Hasan Ali semakin kuat. IBM dapat rasakan lebih 15,000 orang hadir mengikuti ceramah beliau di Padang Kampung Pengkalan Pegoh, di sini malam semalam. Jumlah tersebut jauh lebih besar jika dibandingkan dengan kehadiran sekitar 6,000 orang semasa bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu berceramah di Langkawi, Kedah dan 5,000 orang di Kangar, Perlis beberapa hari lalu.


Kedatangan Hasan ke sini ternyata mengundang kegusaran pihak tertentu apabila gambar muka beliau pada kain rentang yang dipasang diconteng dan poster beliau turut dikoyakkan. Pas jelas memang takut akan kehadiran Datuk Dr Hasan, malah, banyak bendera Pas dipasang di sekitar kawasan tersebut terutamanya berdekatan tempat ceramah di Padang Kampung Pengkalan Pegoh. Pada program 'Selamatkan Akidah Umat Islam' itu, Hasan berkata, sepanjang tiga tahun 11 bulan menjadi Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, beliau menghadapi masalah operasi yang cukup besar dalam soal akidah.

Katanya, dalam isu operasi berkaitan judi, arak dan maksiat, beliau menghadapi tentangan yang cukup hebat daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). "Namun, yang saya tidak faham sampai hari ini, pimpinan Pas menentang dan tidak sokong saya dalam soal arak. Yang menolak saya ini bukan ulama atau golongan pemuda tetapi parasit di dalam Pas," katanya. Menurut Hasan, golongan parasit itu duduk di dalam tubuh badan Pas tetapi hendak menjahanamkan parti tersebut kerana mahu bekerjasama dengan DAP dan PKR. "Kerana inginkan keredaan DAP dan PKR, biar hancur Islam, biar hancur Melayu dan biar hancur institusi raja," katanya. 

IBM merasakan program malam semalam menampakkan bahawa rakyat sudah mula dapat berfikir bahawa selama ini mereka di tipu hidup-hidup oleh pemimpin-pemimpin Pas yang berselindung disebalik agama Islam, tapi perjuangan mereka lari dari landasan yang sebenarnya. Datuk Dr Hasan benar-benar telah dapat membuka mata dan hati mereka. Tapi.........nun jauh di belakang sana, pada malam tersebut ada kedengaran suara-suara sumbang yang melaungkan, "Hasan Ali pembohong...penipu". Sudah tentu suara-suara itu datangnya dari penyokong-penyokong Pas yang cuba menganggu program pada malam tersebut.

Tapi, alhmahdulillah, tiada ada apa perkaran yang tak diingini berlaku. setelah habis sahaja ceramah tersebut, orang ramai berpusu-pusu mendapatkan Datuk Dr Hasan Ali untuk berjabat tangan dan mereka tak habis-habis mengucapkan tahniah. Tahniah juga dari IBM. Sekian.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
                                         _______________________________________

2 comments:

  1. Tahniah Datuk Hassan Ali dari saya...
    teruskan perjuangan...

    ReplyDelete
  2. Cute Oven,

    Sama-samalah kita memberi semangat agar Datuk Dr Hasan Ali meneruskan perjuangannya...Amin..!

    ReplyDelete