Pages

Thursday, February 16, 2012

Bawa Kereta 2km Tanpa Tangan Kiri...8 Jam Sambung Tangan Putus, Aduhh!!

Pasukan perubatan berjaya menyambung semula tangan mangsa selepas berjaya mencarinya dilokasi kejadian.

SHAH ALAM Seorang ejen insurans terpaksa mengharungi detik getir apabila memandu kereta ke Hospital Gleneagles tanpa tangan kiri selepas ditetak penjenayah dalam kejadian samun di Jalan Ampang, baru-baru ini. Mangsa yang dikenali Poon, 47, sebelum itu memandu kereta bersendirian, kira-kira jam 9.30 malam, 3 Februari lalu. Poon kemudiannya berhenti setelah melihat Perodua Kancil berwarna hitam tersadai di tepi Jalan Ampang berhampiran Jalan Mengkudu.
Ketika itu, terdapat dua lelaki dan seorang perempuan berdiri berhampiran kereta itu. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, mangsa sering membantu orang dalam kesusahan terutamanya berkaitan kereta. “Ketika mangsa cuba menghulurkan bantuan, seorang suspek lelaki secara tiba-tiba melibas parang mengenai tangan kirinya sehingga putus. “Mangsa terus berlari ke arah kereta. Dia terpaksa memandu dalam keadaan cedera parah dan berlumuran darah sejauh 2 kilometer ke hospital,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Katanya, sebelum mangsa melarikan diri, suspek sempat menyamun barangan berharga milik mangsa. “Wang tunai berjumlah RM2,000 dan sebuah telefon pintar jenama Samsung Galaxy dilarikan suspek,” katanya. Khairi berkata, ketika mendapatkan rawatan di hospital, pengawal keselamatan memaklumkan kejadian tersebut dan polis mengalami kesukaran untuk mengesan tangan mangsa berikutan maklumat yang diterima kurang jelas.
“Kita hanya mendapat tahu tangan mangsa sudah ditemui semula oleh pegawai perubatan yang memaklumkan lokasi sebenar kejadian,” katanya. Beliau berkata, polis kini sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan individu yang terlibat.
p/s : IBM Kata : " Itulah. Lain kali kalau nak tolong orang beringat-ingat dan berhati-hati le. Kan apa, kita tidak dapat menghidu sama ada orang yang dibantu tu memang memerlukan bantuan. Sekarang ni bermacam-macam helah dan tektik si penjenayah gunakan untuk menyamun atau merompak mangsa. Tentang hal si Poon, nasib baik le tangan kiri yang putus tu dapat ditemui dan dicantum kembali oleh pakar perubatan. Khabarnya bukan senang. Pakar perubatan mengambil masa 8 jam untuk menyambung kembali tangan yang putus itu. Apapun tahniah kepada mereka-mereka yang terlibat bagi menyelamatkan tangan si Poon daripada kudung. Kepada para pembaca semua, ambillah sebagai iktibar, berfikir dahulu sebelum bertindak atau ingin memberi bantuan. Jangan cuba-cuba nak jadi hero."
SUMBER BERITA : SINAR HARIAN. TERIMA KASIH.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment