Pages

Saturday, February 4, 2012

Hadi Buat 'U' Turn. Sah Tanding PRU Ke-13!!


APA le punya putar Hj Hadi ni. Sat kata tak tanding, sat kata tanding. Apa punya 'ulama' la dia ni. Cakap tak serupa bikin. IBM rasa Hj Hadi ni nak test power sama ada dia masih berpengaruh di dalam Pas. Maka, dia berpura-pura kata tak tanding, nak undur diri. Kononnya dah terlalu lama di dalam politik. Beri can pada muka-muka baru. Amboi..sedap betui di dengar. Tapi....itu hanyalah sandiwara Hj Hadi je. 

Bila beliau dengar ramai yang tak kasi berundur, maka dia beliau pun cepat-cepat buat 'U' turn, nanti terlambat pulak. Hehehe...memang putar alam pemimpin-pemimpin Pas ni. Apa tidaknya, bila berundur nanti dikira sudah kurang popular. Kawan-kawan semua jauhkan diri, buat tak kenal, dan rezeki pun kurang masuk. Orang lain dah kebas. Sebab apa?...kerana sudah tidak berpengaruh lagi.


Hari ini,  berita sensasi ini telah disahkan oleh  Ketua Penerangan Pas pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (kiri). Menurut Tuan Ibrahim,  dengan pengumuman ini, maka isu penarikan diri beliau tidak berbangkit kerana parti melihat beliau masih diperlukan bagi memimpin parti dan Pakatan Rakyat dalam menghadapi PRU ke-13. Pas kononnya yakin dengan karisma kepimpinan, wibawa dan kedudukan Hj Hadi untuk memimpin parti.


Yang peliknya, baru minggu lepas, dalam wawancara eksklusif yang disiarkan Sinar Harian, Abdul Hadi dilapor menawarkan berundur berdasarkan khidmatnya yang disifatkan sudah terlalu lama menyandang jawatan sebagai yang berhormat. Ekoran kenyataan tersebut, maka bermacam-macam pandangan dan ia mengundang pelbagai reaksi dari pemimpin Pakatan, termasuk Mursyidul Am sendiri, Datuk Nik Aziz dan Ketua Umum PKR DS Anwar Ibrahim.

Kenyataan Hadi dalam Sinar Harian minggu lalu. Cakap tak serupa bikin. HAMPEHH!!

Maka, bagi IBM memang jelaslah pemimpin Pas dan juga Pakatan tidak mempunyai prinsip juang dan ingin membela rakyat. Apa yang penting periuk nasi mereka, dan rakyat mereka jadikan batu loncatan bagi tujuan politik songsang depa. Memang Haram jadah punya Pas.

Maka, memang betuilah apa yang dikatakan oleh Tok guru Nik Aziz tu. Orang-orang politik seperti Pas, boleh memegang jawatan 'sampai mati'. Oleh itu, wahai Hj Hadi dan yang lain-lain, termasuklah Tok guru, korang peganglah jawatan tu sampai mati.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
                   ______________________________________________

2 comments:

  1. jaga periuk nasi beb!! kehkehkeh...manusia macam kita juga, kurang lebih sama saja . Tak ada yg istimewanya....hahaha. Dah agak dah test market. Trick lama. Samada diperlukan lagi atau tidak. Tapi ada pendapat mengatakan kubur kata, "tak perlu lagi jom dekat dengan aku....." Sama juga ceritanya dgn Pok Nik...

    ReplyDelete
  2. Salam Jaja,
    Memang betui tu. Jaga periuk nasi. Apapun, itulah perangai orang2 Pas. Cakap x serupa bikin. Walauapapun, biar rakyat yg menghukum mereka2 ini. Kita tunggu je PRU ke-13 nanti....

    ReplyDelete