Pages

Friday, February 17, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH

PARTI PERIKATAN

17 FEBRUARI

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

PEMBUKAAN SEMINAR PERIKATAN YANG PERTAMA BAGI WAKIL-WAKIL RAKYAT DAN SENATOR-SENATOR
PEMBUKAAN SEMINAR PERIKATAN YANG PERTAMA BAGI WAKIL-WAKIL RAKYAT DAN SENATOR-SENATORTarikh Peristiwa : 17-02-1971 

Pada  hari  ini  dalam  tahun  1971,  Seminar  Parti  PERIKATAN  yang  pertama   diadakan  di  Dewan  Bahasa  Dan  Pustaka,  Kuala  Lumpur.  Seminar  tersebut  telah  dibuka  dengan  rasminya  oleh  Perdana  Menteri, YAB  Tun  Abdul  Razak  bin Dato’  Hussein. Seminar  ini  diadakan  bagi  mengkaji  soal-soal  berkaitan  dengan  perjalanan  Parti  dan  Kerajaan,  serta  merangka  garis-garis  perjuangan  masa  depan  parti  disamping memahami  perhubungan  Kerajaan  dan  Parti.  Tujuan  utama  diadakan  seminar  ini  ialah  untuk  membolehkan  wakil-wakil  rakyat  dan  senator-senator  memahami  dengan lebih  jelas  dasar-dasar  kerajaan dan semangat  serta  matlamat  dasar-dasar  tersebut  bagi  membolehkan  mereka  menjalankan  tugas  masing-masing  dengan  lebih  efektif  dan sempurna.  Selain  itu,  seminar  ini  juga  bagi  membolehkan  wakil-wakil  rakyat  bertukar-tukar  fikiran sesama  sendiri  dan  dengan  ahli-ahli  kerajaan  bagi  mewujudkan  persefahaman  dalam  hal-hal  berkaitan  kepentingan  rakyat  dan  negara  serta melicinkan   jentera  parti  dengan  mengukuhkan  lagi  ko-ordinasi  Kerajaan  dan  parti.  Dalam  ucapannya,  YAB  Tun  Abdul  Razak  bin Dato’  Hussein mengingatkan  seluruh  rakyat  agar  mempunyai  sikap  bertanggungjawab  dan  berpandangan  jauh  bagi  mencapai  kemajuan  ekonomi  serta  memelihara  sistem  demokrasi  negara. 

SUMBER : [ARKIB NEGARA.GOV.COM]

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment