Pages

Monday, February 20, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH


20 FEBRUARI

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

PERASMIAN HELIKOPTER TERBARU MOFAZ AIR JENI
Pada  hari  ini  dalam  tahun  1993,  Perdana  Menteri,  YAB Dato’  Seri  Dr.  Mahathir  Mohamad melancarkan  Helikopter  terbaru  Mofaz  Air  Jeni  jenis  Bell  206L-4 Long  Ranger  bertempat  di  Stesen  Tentera  Udara  Diraja  Malaysia  (TUDM),  Sungai  Besi,  Kuala  Lumpur.  Pada  majlis  tersebut,  Perdana  Menteri  telah  dibawa  menaiki  pesawat  tersebut   mengelilingi  ibu  negara  selama  25  minit.  Helikopter  Bell  206L-4  Long  Ranger  yang  direka  berdasarkan  versi  popular  206L,  mempunyai  kapasiti  membawa  6  orang  penumpang  dan  mempunyai  kelajuan  111 knot  pada  berat  kasar  maksimum  dengan  jarak  perjalanan  350  batu  nautika.  Ketika  berucap  pada  majlis  tersebut,   Perdana  Menteri  menyarankan  agar  lebih  banyak  syarikat  tempatan  melibatkan  diri  dalam  bidang  teknologi  penerbangan  bagi  menggalakkan  lagi  perkembangan  industri  tersebut  di  negara  ini.  Perdana  Menteri  juga  menyatakan  kesediaan  kerajaan   memberi  sokongan  dan  bantuan  kepada  syarikat-syarikat  berkenaan  bagi  menarik  lebih  banyak  penyertaan  dalam  bidang  teknologi  tersebut.  Sesungguhnya,  Pameran  Maritim  dan  Udara  Antarabangsa  Langkawi (LIMA)  yang  telah dianjurkan sejak  tahun  1991,  merupakan  langkah  strategik  yang  membantu  menggalakkan  perkembangan dan   pertumbuhan  industri  penerbangan  di  negara  ini. 

SUMBER : [ARKIB NEGARA.GOV.COM]

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment