Pages

Wednesday, February 22, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH

LOGO PENGAKAP MALAYSIA

22 FEBRUARI


SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

PERHIMPUNAN HARI PENGAKAP SEDUNIA PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN
Pada  hari  ini  dalam  tahun  1987,  telah  diadakan  perhimpunan  Hari  Pengakap  Sedunia, peringkat Wilayah  Persekutuan. Perhimpunan  tersebut  telah  dirasmikan  oleh Menteri  Kemajuan  Tanah  dan  Wilayah,  YB Datuk  Dr.  Sulaiman  Daud.  Dalam  ucapannya,  beliau  menyeru agar  lebih  ramai  ahli  profesional  menyertai  pergerakan   itu,  bagi  membantu  kepimpinan  sedia  ada  selain  membentuk  masyarakat  Malaysia  yang  bersatu  padu. Kementerian  Wilayah  Persekutuan  dan  Dewan  Bandaraya, melalui  Datuk  Bandar  Kuala  Lumpur iaitu  Datuk  Dr.  Elyas  Omar  mengumumkan  bahawa  Kementerian  tersebut  akan  mendirikan  sebuah  kem  latihan  pengakap  di kawasan  seluas  8  hektar  di  Bukit  Kiara,  serta  meluluskan  sebuah  tapak  bangunan  ibu  pejabat  pengakap  Wilayah  Persekutuan  di  Bandar  Tun  Razak, Cheras. Dewan  Bandaraya  turut  meluluskan  peruntukan  sebanyak  $10,000  kepada  Majlis  Pengakap  Wilayah  Persekutuan  bagi  membantu  mengatasi  masalah  kewangan  badan  tersebut. Perhimpunan  tersebut  turut  menyaksikan  penyampaian  anugerah  dan  sijil  kepada  26  pemimpin  dan  anggota  pengakap  yang  telah  mengembangkan  dan  memajukan  pergerakan  pengakap  di  negara  ini.   Sesungguhnya,  Pengakap  merupakan  pertubuhan  belia  yang  tertua  di  Malaysia  yang  menekankan   semangat  bertanggungjawab  terhadap  diri, keluarga, masyarakat dan negara  yang  tercinta.

SUMBER : [ARKIB NEGARA.COM]
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 

No comments:

Post a Comment